AYDA JEBAT, SUFIAN SUHAIMI DAN RAMAI LAGI DI KONSERT JOM TONTON

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyyyyy! Pertama sekali, tahniah kepada Tonton ! 🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈🎊🎈🎉🎉🎈

Happy Birthday to you.
Happy Birthday to you.
Happy Birthday to Tonton.
Happy Birthday to you!!!!


Tonton, nahhh kek dari saya yang tak seberapa ni,hikhikhik:

🎂🎂🎂🎂🎂 🎂🎂🎂🎂🎂
🎂🎂🍰🍰🎂 🎂🍰🍰🎂🎂
🎂🍰🍰🍰 🎂🍰🍰🍰🍰🎂
🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰
🎂🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰🎂
🎂🎂🍰🍰🍰🍰🍰🍰🎂🎂
🎂🎂🎂🍰🍰🍰🍰🎂🎂🎂
🎂🎂🎂🎂🍰 🍰🎂🎂🎂🎂
🎂🎂🎂🎂🎂 🎂🎂🎂🎂🎂

  






22 April 2017 bersamaan hari Sabtu, maka genaplah usia Tonton setahun dan aku sangat happy jugak sebenarnya bila dapat hadir ke event gebum-gebum haritu. Walaupun hanya karnival mini, tapi aku sangat happy bila dapat bersama dengan team Tonton dan Roopawan untuk membuat live update pada tempoh hari. Banyak pembaharuan yang telah ditukar oleh Tonton,antaranya adalah Duta Tonton. Kalau dahulunya, Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad. Sekarang perkenalkan Duta Baharu Tonton iaitu Dato' Seri Vida, Ayda Jebat, Redza Rosli dan Thomas Jack. So WOOOOOOOOOWWWWW kan Duta Baharu dia kan?



Apapun, tahniah kepada Tonton kerana berjaya mengadakan Konsert Jom Tonton tempoh hari bagi meraikan pelanggan VIP macam saya ni. Btw, aku memang pelanggan VIP Tonton pun sebab aku still subscribe Tonton untuk tengok rancangan yang aku minat,hihi... Kena bayarkan? Yes! Di atas muka bumi ni tak ada yang free dah awak. Semua berbayar. Tapiiiiiii, haaaaa ada tapinya ni weh.. Setiap apa yang korang bayar tu sebenarnya sangat berbaloi wehhhhh... Jangan risau... Dia lebih kurang macam topup telco jugaklah, cuma kalau topup telco untuk kegunaan call/sms dan surfing internetkan. Jadi, kalau untuk Tonton ni dia lain sikit. Lain dia tu maksudnya, untuk menjadi pelanggan VIP, korang kena melanggan Tonton VIP di website www.tonton.com.my bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun). Haaaaaaaa, maka korang dihidangkan dengan pelbagai cerita yang menarik di mana korang orang pertama tengok rancangan di tonton sebelum disiarkan di televisyen. Hagitoh! VIP ke idoookkkkkkkkkkkk?


Kalau korang tak faham korang boleh rujuk entri aku di sini:






Kalau korang nak tahu, genap setahun ni banyak kejayaan yang telah dicapai oleh Tonton di mana mereka telah menyediakan pelbagai rancangan hebat super saiyaaaaaaaa yang akan membawa tonton ke kelas tersendiri. Yaaaa, Good Job Tonton! Bukan calang-calang idea Tonton ni kan sebenarnya.  Bersempana ulangtahun pertama Tonton tempoh hari, Tonton telah mengajak ahli VIP dan peminat untuk bersama-sama meraikan ulangtahun dalam sebuah acara seperti Konsert Jom Tonton. Bagi yang tidak tahu lagi, Konsert Jom Tonton yang aku uar-uarkan di laman media sosial aku tempoh hari adalah merupakan sebuah karnival mini yang menampilkan pelbagai aktiviti menari seperti Street Bazaar, sesi ramah mesra bersama selebriti popular, konsert yang menampilkan nama-nama hebat dalam industri hiburan Malaysia dan banyak lagi. Memang happening gila. Aku ingat sampai ke petang je Konsert Jom Tonton ni, rupanya sampai habis konsert haaaaaaaa.....Gebum-gebum pulak tu artis yang hadir dan first time tengok artis gebum-gebum nyanyi depan mata. Hagituuhhhhhh...Siapa yang pergi haritu dia tahulah suasananya macamana haritu. Menggamitttttt gamit haaa!


Konsert Jom Tonton diadakan pada hari Sabtu bersamaan 22 April 2017 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di ruang Piazza, The Curve, Mutiara Damansara. Nasib baik la masa aku pergi haritu tak sesak sangat. Lega. Tapi bila sampai di Konsert Jom Tonton, NAH! Ramai jugak haaaaaaa orang dia.... Ingat tak sesak, sekali sesak jugak haaaaa! Kalau korang perasan masa siang hari, ada bintang Youtube yang terkenal iaitu Jin & Reuben dari JinnyboyTV! Aku kadang layan gak video-video depa. Best sebab ada maksud tersendiri video dia tu haaaaa...





Bukan tu sahaja, artis berbangsa Cina pun ada haaaaaaa. Tak lain tak bukan, Dr.Soo Wincci, Orange Tan dan Jieying Tha. Wowwww kan?Selain tu juga, ada pelakon-pelakon drama I Am Not A Loser antaranya Coby Chong, Evan Siau, Shawn Wai, Sherlyn Seo, Ivan Low, Joyce Harn, Josiah Lim dan Lim Jian. Seronoknya, sesiapa yang bawa anak pasti terhibur akan kehadiran watak animasi tempatan  dengan Ejen Ali dan Boboiboy! Bestkan... Kira banyak jugak aktiviti di sana pada haritu.


Acara kemuncak ni la paling ramai yang tunggu dan aku berpeluang berada di dalam barricade untuk membuat liputan pada tempoh hari sambil melayan lagu-lagu depa. Ternyata suara depa memang power yakmat! Antara artis yang tampil ialah, Ning Baizura, Kaka Azraff, Sufian Suhaimi, Juzzthin & Aboz, Alvin Chong, Waris, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Bunkface. Semua artis-artis hebat dan kalau korang tahu haritu hanya masuk percuma je. So, siapa yang tak pergi tu rugi besar la kan. Sebab time macam ni jela boleh bertemu dengan artis kesukaan. Hihi....


Disamping itu, pelbagai bazar turut serta antaranya adalah Pamoga dari Dato' Seri Vida, Roopawan dan banyak lagi yang telah menawarkan diskaun hebatttt kebabom dan pelbagai kemudahan ekslusif di gerai-gerai yang disediakan. 


Pengalaman aku bagi Konsert Jom Tonton ini sangat seronok cuma tempat untuk pelanggan-pelanggan dan orang ramai semasa Konsert agak terhad. Tapi, mostly apa yang aku perasan semua enjoy! Haaaaa,gilalah! Terbaikkkkkk Tonton. Semoga terus maju dengan jayanya dan inshaAllah jumpa lagi untuk ulangtahun kedua nanti. Muah!!!!


💋 SEKITAR KONSERT JOM TONTON 💋
















Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..