WATAK ANIMASI TATAN DAN RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL

WATAK ANIMASI TATAN DAN RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL

Watak Animasi TATAN dan RIZQ TV Di RIZQ Islamic School | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk pengetahuan semua, aku telah datang kali kedua ke RIZQ ISLAMIC SCHOOL di mana pada ketika itu, sekolah tersebut belum dibuka dan sedang dalam proses pengambilan pelajar dan kini, RIZQ ISLAMIC SCHOOL umum telah kenal dengan sistem pendidikan di sini. Ketika aku ke sana beberapa minggu lepas, aku sangat impress dengan penambahbaikkan dari segi kaedah pembelajaran. Dengan adanya, Melon Group Sdn Bhd, maka tertubuh la beberapa watak animasi utama iaitu Tatan. Selain daripada Tatan, watak animasi lain seperti Melli, Jabot, Bella dan Yiyi. 

BACA ENTRI SEBELUM INI PENGALAMAN BERADA DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL : BACA DI SINI


WATAK ANIMASI TATAN DAN RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL


Selain daripada watak animasi Tatan dan rakan-rakannya, Melon Group Sdn.Bhd. ini juga memperkenalkan permainan yang sangat berilmu iaitu VR Sinematik. Untuk pengetahuan semua juga, RIZQ ISLAMIC SCHOOL kini mempunyai studio sendiri di mana mereka pun ada menyunting untuk saluran RIZQ TV iaitu TV pendidikan yang menggunakan sukatan pendidikan di sini. 

Gambar di atas adalah disinilah mereka merakam untuk RIZQ TV untuk ditayangkan di dalam sekitar RIZQ ISLAMIC SCHOOL ini. Kelengkapan  yang cukup ini menyebabkan RIZQ ISLAMIC SCHOOL mampu mewujudkan RIZQ TV.


WATAK ANIMASI TATAN DAN RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL

WATAK ANIMASI TATAN DAN RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL

Bagi VR ini, ada beberapa silibus seperti Sains, Games, Seni dan banyak lagi. Seringkali kita mendengar tentang VR ini, namun kali ini RIZQ ISLAMIC SCHOOL telah memecah rekod dengan penggunaan VR ini yakin akan menarik minat pelajar untuk terus belajar. Apa yang aku tertarik di sini adalah kaedah pembelajaran yang disediakan oleh sekolah ini melalui RIZQ TV dan VR Sinematik ini. Pengalaman aku setelah mencuba VR ini sendiri sangat kagum dan bila aku pilih part sains. Yes! Dari badan manusia ianya mampu pecah kepada beberapa kategori untuk kita sendiri explore sistem apa yang ada pada tubuh badan manusia.


Bagi aku, dengan cara inilah mampu membuatkan anak-anak terus berminat untuk belajar dimana menggunakan konsep belajar sambil bermain. Bila menggunakan VR Box, aku sangat teruja kerana situasi selepas memakai VR Box ini sangat cantik dan seperti berada dalam dunia itu sendiri. 


Kadang, menjadi guru bukan sekadar guru dan mengajar. Aku yakin dengan sistem ini dapat merubah pelajar-pelajar untuk terus minat dalam pembelajaran dan sehingga kini aku pelik dengan sistem pembelajaran yang ada di Malaysia sehingga membebankan kanak-kanak terutama di sekolah biasa. Adakah mereka telah mengkaji dahulu sistem pendidikan sebelum digunakan oleh setiap sekolah. 


WATAK ANIMASI TATAN DAN RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL


Untuk watak Tatan dan rakan-rakannya pula, RIZQ ISLAMIC SCHOOL bukan semberono melakar, mereka adalah dari orang yang berlatarbelakangkan pereka grafik dan aku sendiri tengok di office mereka pada beberapa minggu lepas. Siap ada storyboard dan caption. Jadi, aku yakin.. dengan setiap apa yang mereka lakukan dengan mengkaji dan mengambil contoh seperti di sekolah luar negara. 


Nak tengok rancangan pendidikan dari RIZQ ISLAMIC SCHOOL? Korang boleh tengok dan jangan lupa subscribe >>> RIZQ Studio . Terima kasih RIZQ ISLAMIC SCHOOL kerana sudi menjemput diri ini dan merasai sendiri pengalaman berada di RIZQ ISLAMIC SCHOOL walaupun seketika. 


WATAK ANIMASI TATAN DAN RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL

WATAK ANIMASI TATAN DAN RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL

10 sebab kenapa ibu bapa perlu memilih RIZQ ISLAMIC SCHOOL?
  1. Holistic Education : Akademik, Islamik, Character Building dan Soft Skill
  2. Enthusiastic Teacher : Berpengalaman, Passionate dan aktif
  3. High Security System : 15 spot CCTV, ID Card untuk ibu bapa dan pelajar, double dated dan 2 to 3 security guards sepanjang 24 jam
  4. Fasiliti terbaik : 18 kelas, padang bola, perpustakaan, auditorium, makmal sains, gelanggang serbaguna, bilik seni, playroom, student & staff lounge,studio.
  5. Persekitaran tenang : Bangunan sendiri, rekaan tersendiri
  6. Sistem Pendidikan dari Finland : Play-based Approach, Less Homework, No numeracy in class, floating class
  7. Japanese School System : Kyushoku (lunch in classroom), Hansei ( Self-discipline), Jobu Na ( Being Healthy) and Kyochosei (Being Harmonious)
  8. Accreditation : Ministry of Education, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Apple Education, Yakult, Schoology
  9. Nurture your kids talent : Rizq the Explorer, Rizq Ambassador, Rizq Tarannum and Qasidah, Rizq Soccer Team, Rizq Talent
  10. IT Savvy Environment : Ipad and 21st Century classroom 


Auditorium di RIZQ ISLAMIC SCHOOL ini juga boleh disewa dengan harga RM500/Day untuk mesyuarat, bengkel kerja, presentation project dan film preview serta kelengkapan yang disediakan seperti:
  • Tempat letak kereta
  • Apple, Tv dan wifi
  • Wireless Mic
  • Security 24 jam
  • LCD Projector
  • Sound System
  • Aircond
  • Keluasan 1080 Sq.Ft
  • Day/Night Event
  • Additional Services: Video Grapher & Photographer
Sekiranya berminat untuk menyewa auditorium boleh hubungi 03-8912 9251 atau 018-3517 357 (Whatsapp).


WATAK ANIMASI TATAN DAN RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL


RizQ Islamic School
Diuruskan oleh Rizq Educare Sdn.Bhd 
( 1180223-T)

Alamat:
Sekolah Islam Rizq
Wisma RIZQ, Lot 1456-2,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, 
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang,Malaysia

Telefon:
+603-8912 0447

Whatsapp:
+6018-961 1615

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com

23 ulasan:

  1. Tahniah! dulu pergi sekolah ni baru nak launch. skarang gila gempak kot. tak hairan lah dia dipilih sebagai sekolah angkat apple

    BalasPadam
  2. Best giler kot tengok ada sekolah camni. Nak he gi sekolah balik. Hehe.. serious facilities hebat sangat.

    BalasPadam
  3. The use of animation for kids is a great way to get them more involved. Especially using VR, I myself have tried it and it's a whole new experience.

    BalasPadam
  4. Nampak menarik lah rizq islamic school nie. Satu sebab dia mengikut sistem sukatan pelajaran jepun. Yg mana ia sangat berkesan dan bagus utk kanak2 dlm menimba ilmu. Kemudahan yg ditawarkan juga pada tahap yg terbaik. Nak kena suggest dekat kawan nie. Thanks ya for sharing.

    BalasPadam
  5. Wow..canggih betul lah pembelajaran sekarang ni kan. Siap ada VR lagi, sis pun belum tahu main VR ni..ketinggalan betul..hehehe.
    Bagus lah sekolah Rizq ni..kalau sis ada anak2 kecik lagi n kalau banyak ongkos harus sis hantar kat sini

    BalasPadam
  6. Wow, RizQ Islamic school has unique education to capture kids attention. The learning process is fun and children will enjoy it. The best, their have tight security.

    BalasPadam
  7. nice to see got this school in Kahang. Some friends are staying in Kajang didn't know of this, I shall them soon about this.

    BalasPadam
  8. Wah lia first time dengan RizQ Premium Tahfiz School ni. Banyak kelebihan yang ada di sini. Yang menarik penggunaan VR tu memang akan attract student kat sini.

    BalasPadam
  9. Wowww dasyat juga sekolah ini... Berapa yuran dia ek?

    Tertarik dengan kaedah pembelajaran yang disediakan oleh sekolah ini melalui RIZQ TV dan VR Sinematik

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing this information, I will inform my muslim cols with children about this school.

    BalasPadam
  11. Nampak best je kalau sekolah kat Rizq ni. Yuran dia mestilah tinggi sikit dari sekolah biasa. Berbaloi la dengan pendidikan Tahfiz dan canggih juga sekolah ni ada VR lagi.

    BalasPadam
  12. wah bagus sekolah ni, banyak kemudahannya. tambahan plak dekat dengan rumah kak lily ni

    BalasPadam
  13. Kurikulum RIZQ ISLAMIC SCHOOL best banget ya. 10 item alasan memilih RIZQ ISLAMIC SCHOOL patut menjadikan school ini sebagai pilihan untum anak anak menuntut ilmu. Abby sepakat bahwa guru tidak hanya pandai mengajar dalam kelas tetap guru itu harus mampu menjadi inspirasi bagi anak anak didiknya.

    Salam dan sukses untuk semua guru dan siswanya.

    BalasPadam
  14. VR Sinematik sangat menarik lagipun Wah bagusnya la RIZQ TV DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL. Semoga dia orang dapat buka cawangan di Penang juga

    BalasPadam
  15. wah menariknya sekolah macam ni..siap dengan animasi pasti dapat menarik lagi minat budak nak belajar.,,sistem pembelajaran yang lain dan unik untuk diterapkan kat malaysia.

    BalasPadam
  16. Walaupun sekolah tahfiz, tapi teknologi dia moden betul. Macam ni baru dapat balance kan pembelajaran agama dan education dunia.

    BalasPadam
  17. dulu nampak ramai promot epasal sekolah ni..bagus sangat pembelajaran yang ada dekt sekolah ni..berbaloi dengan harga. Sekarang buat animasi pulak..bagusla..dah maju ke hadapan..

    BalasPadam
  18. Canggihnya sekolah ni. Macam2 ada. Mampu mendidik anak
    Ke arah ilmu holistik dan macam2 lagi. Zaman sekarang mmg kena seimbang duniawi dan akhirat

    BalasPadam
  19. wow serious terbaik gila baca info mengenai Rizq Islamic School ni! Kalau qeela kaya raya, confirm memang nak anak-anak qeela masuk bersekolah kat situ je huhu..bagus baca pendekatan / kaedah yang digunakan, especially pendekatan melalui VR Box tu, menariknya! Thumbs Up! 😍

    BalasPadam
  20. Tak pecaya kita level sekolah Tahfiz dah sampai macam tahap begitu moden kalah dengan sekolah kebangsaan yang ada. Moga ia akan di jadikan panduan dan model kepada kejayaan anak-anak muda zaman teknologi sekarang ni..

    BalasPadam
  21. RIZQ ISLAMIC SCHOOL canggih dan moden sekali, beruntung kanak-kanak zaman sekarang semua up to date, beza sekali dengan zaman dahulu. Malaysia dah maju... yeay

    BalasPadam
  22. Bagusnya ada sekolah dengan kelengkapan sebegini - up to date! I like! Moga semua sekolah boleh dinaiktaraf sehingga sebegini untuk kemudahan dan manfaat anak-anak kita kelak

    BalasPadam
  23. Makin seronok pembelajaran anak anak sekarang nih. Nak nak ada watak kartun lagi diorang seronok nak belajar

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..