• Home
  • About
  • Trending
    • Lifestyle
    • Beauty
    • Travel
  • Projek Travel
  • Advertise

Mek Onie




Makeup Bersama Produk Keluaran Althea | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay! Finally! Awal tahun 2019 aku dikhabarkan dengan berita gembira iaitu keluaran produk terbaharu makeup dari Althea. Bukan satu produk makeup sahaja yang dikeluarkan, tetapi beberapa produk terbaharu turut dilancarkan dilaman sesawang Althea. Sebagai pecinta makeup, aku sangat gembira untuk mencuba dan bangga kerana menjadi orang terawal untuk menggunakan produk makeup baru mereka. Ramai pembeli di Althea menantikan produk terbaharu terutama makeup range dan kali ini yes! Terlancar sudah. Terima kasih banyak Althea kerana Althea Angels' Makeup Box yang sangat awesome gila ini. Aku yakin pembaca aku di sini akan suka dengan review aku kali ini. 


ALTHEA ANGELS' MAKEUP BOX 




Antara produk yang ada dalam Althea Angels' Makeup Box ini adalah:
  1. Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea (15.5g)
  2. Althea Spotlight Eye Glitter (4.5ml) 
  3. Althea Flawless Creamy Concealer (6g)
  4. Althea Watercolor Cream Tint (4.5ml)





Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea 





Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea | Pertama sekali aku nak kongsi dengan korang tentang Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea. Dengan hasil kerjasama pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari maka terhasillah eyeshadow palette: sunrise & moonrise bersama Althea. Eyeshadow ini mempunyai 8 warna yang aku rasa kesemua warna ini menjadi idaman seluruh pecinta makeup. Selain itu, warna yang tersedia di eyeshadow palette ini sesuai digayakan pada siang atau malam hari yang memberi kesan glamourous feminine. Dengan warna yang sangat pigmented iaitu jenis shimmer, matte dan glitter aku percaya, setiap si pemakai akan mendapat gaya yang super awesome. 


Sebelum aku berkongsi lebih lanjut maklumat eyeshadow palette ini, aku nak sarankan pada korang semua untuk beli eyeshadow palette ini pada harga early bird dengan cara gunakan kod BCL30 dimana korang akan dapat 30% diskaun dan penghantaran percuma. Jadi, untuk mendapat eyeshadow palette yang super awesome ini, silalah rebut peluang ini untuk dapatkan diskaun ini sementara stok masih ada ya.





8 Kod Warna Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea  

#1 Shimmery Nude Pink
#2 Matte Light Brown
#3 Metallic Rose Gold
#4 Metallic Gold
#5 Rich Brown
#6 Deep Wine
#7 Pearly Pink
#8 Purple





Aku suka dengan kesemua warna eyeshadow palette ini kerana warna yang ada kesemuanya cantik-cantik dan mudah untuk di blend. Sejujurnya aku bukan seorang penggemar memakai eyeshadow but for this product aku sangat happy sebab dia blend well pada kelopak mata aku dan memang senang nak combine any color, which is all color suitable for my skin as well. Even in this eyeshadow palette ni ada 3 jenis tekstur yang berbeza iaitu pearl, glitter and matte namun apabila dilayangkan pada kelopak mata ia sangat mudah atau erti kata lain easy-to-use. Yes! Sumpah seronok i told u girls. Warna eyeshadow palette ini sangat tahan lama (long lasting), tidak mengatalkan mata dan pigmented! Yes korang wajib cuba!


Contoh Campuran Dua Warna Eyeshadow Palette Yang Aku Cuba



HARGA: RM140/PC
BELI DI SINI




Althea Flawless Creamy Concealer





Althea Flawless Creamy Concealer | Ya! Aku rasa ramai je orang masih mencari concealer yang super bestkan? Jujur ye aku cakap, concealer ini ada brand yang boleh cover lingkaran hitam bawah mata, cela or any spots yang ada kat mukakan. Kalau korang nak tahu, Althea Flawless Creamy Concealer ini memang pigmented, blendable apabila disapu pada muka. Dengan adanya formula Aquaxyl, apabila memakai concealer ini, ia membuatkan kulit muka nampak lembap, menyihatkan kulit dan tahan lama even dah pakai 1 hari. Aku dah cuba dan memang kesan selepas pakai concealer ini memang ajaib. Rasa selesa dan ringan je muka after apply on the face.


Althea Flawless Creamy Concealer ini diperbuat daripada korea dengan kualiti yang terbaik bersama dengan harga yang super affordable i tell u girls. Aku rasa, dengan hasil yang dapat bersama harga yang murah ianya sangat berbaloi untuk korang cuba sendiri. Tekstur yang creamy, formulasi yang hebat dan buat kulit muka nampak natural dengan kesan separuh matte tanpa kesan fake pada kulit muka selepas memakai concealer ini. Cara nak pakai concealer dan dapatkan hasil yang kebabom, aku sarankan korang untuk memakai alat seperti berus, span, beauty blender atau jari pun boleh.  Concealer ini sesuai dijadikan sebagai contouring or highlighting tapi aku jadikan juga sebagai foundation. Memang puas hati gila. Tapi apa yang aku suka dengan concealer ini adalah dia tidak membuatkan kulit muka tampak kering selepas mengenakan produk ini malah nampak lembap sepanjang hari. Untuk kulit muka aku, concealer ini full coverage. Setiap result bergantung kepada jenis kulit masing-masing dan concealer ini sesuai untuk semua jenis kulit.



4 Kod Warna Althea Flawless Creamy Concealer

#01 Vanilla ( Pink Beige #21)
#02 Ginger (Warm Ivory #21)
#03 Honey (Warm peach #23 #25)
#04 Mocha (Deeper Yellow #30)


HARGA: RM15/PC
BELI DI SINI



Althea Spotlight Eye Glitter



Althea Spotlight Eye Glitter | Sejujurnya juga, aku tidak pernah pakai eye glitter. Tapi untuk cubaan pertama ini, aku sangat happy selepas memakai Althea Spotlight Eye Glitter pada bahagian mata aku. Ada 1 formulasi yang terdapat dalam Althea Spotlight Eye Glitter ini iaitu Squalene yang bertujuan untuk mengekalkan kelembapan pada tempat pakai eye glitter ini. Apa yang aku suka tentang Althea Spotlight Eye Glitter ini adalah kesannya yang tidak terlalu over dan glitter dia tidak kasar. Boleh dijadikan highlighter, eyeshadow dan juga boleh digayakan seperti Aegyosal makeup style. Untuk kesan yang cantik, selepas memakai Althea Spotlight Eye Glitter ini biarkan ianya kering selama 3 hingga 5 saat supaya tiada kesan crack pada bahagian pakai tadi.


Cara pemakaian eye glitter ini mudah sahaja, boleh layangkan dengan menggunakan jari sahaja pun boleh. I love the final result after i wore this eye glitter.



2 Kod Warna Althea Spotlight Eye Glitter

#01 Gold Light
#02 Pink Light

HARGA: RM24/PC
BELI DISINI




Althea Watercolor Cream Tint 


Althea Watercolor Cream Tint | The best lip tint ever! Tak keringkan bibir langsung malah membuatkan bibir lagi lembap sepanjang pemakaian Althea Watercolor Cream Tint ini okay. Untuk Althea Watercolor Cream Tint ini ia mengandungi Hyaluronic Acid to prevent skin from dry. Yes! Agreed with this product! Setengah lip tint dia akan buat bibir kita terus kering dan merekah but for this product im glad to have you darling! Totally this cream tint make hydrating all day and look a like glamorous and pretty everyday! This cream tint suit for all skin type, have 4 bold colour, long lasting! Ya, u should try this one girls.


Walaupun namanya cream tint, tapi tak 100% cream ya. Dia masih nampak glossy and shining gitu. 



4 Kod Warna Althea Watercolor Cream Tint

#01 Plum Cream
#02 Strawberry Cream
#03 Peach Cream
#04 Maroon Cream


HARGA: RM20/PC
BELI DISINI









The result after i'm using all makeup product from Althea here


KENAPA KORANG WAJIB BELI PRODUK MAKEUP DARI ALTHEA INI:
  1. Untuk Althea Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea ini aku percaya korang semua akan suka dengan 8 warna yang ada di eye palette ini. Tahan lama, mudah nak blend, tidak meninggalkan kesan yang tidak diingini pada mata, kualiti taraf antarabangsa.
  2. Althea Flawless Creamy Concealer pada mulanya aku tidak berapa suka kerana namanya like creamy then bila pakai ternyata concealer ini yang terbaik dan aku jadikan sebagai foundation juga. Mudah nak bawak kemana sahaja kerana saiznya yang kecil. Tidak membuatkan kulit muka kering malah mengekalkan lagi kelembapan kulit muka.
  3. Althea Spotlight Eye Glitter bagi aku multifunction. Boleh dijadikan sebagai eyeshadow, highlighter dan ikut kesesuaian korang. Tidak berat dan mudah dipakai.
  4. Althea Watercolor Cream Tint , i love this product ! Langsung tak keringkan bibir.
  5. Harga semua berbaloi.
  6. Produk makeup dari Althea ini kualiti bertaraf antarabangsa.
  7. Memang mudah dipakai
  8. Mengandungi formulasi yang sangat penting pada setiap produk.
  9. Aku suka new makeup range from Althea. 
  10. Aku akan repeat beli lagi kalau habis nanti.


WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK


Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com



Share
Tweet
Pin
Share
17 comments




Pernah dengar Althea?

Hallo! Well, pernah dengar Althea kan? Pengemar akan produk penjagaan kulit muka dan makeup sudah tentu dah biasa dengar berkenaan Althea Korea ni kan? Bagi aku, website Althea Korea ini sangat membantu orang ramai dari segi pemilihan produk yang bersesuaian dengan kulit muka. Review-review di setiap produk di Althea ini membuatkan aku lagi yakin untuk membeli di website Althea.


Althea Pore Purifying Serum Cleanser Review | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! Aku kalau makeup mesti akan buat double cleansing. WAJIB DOUBLE CLEANSING! Cuma untuk review Althea Pore Purifying Serum Cleanser 2 Dalam 1 ini aku baru sempat nak review. Mohon maaf sekiranya terlewat untuk aku share. Tapi sebelum ni, memang aku ada kongsi juga video cara aku gunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini. Nanti dekat bawah aku share video tu.


Althea Pore Purifying Serum Cleanser yang berasaskan minyak

Apa dia Althea Pore Purifying Serum Cleanser?

Hai  korang, sebelum ni mesti dah ramai tahukan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini apa? Bagi yang mencari produk 2 dalam 1 juga double cleansing ini. Ya! Anda berada di aliran yang betul. Jadi fungsi Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah sebagai pembersih yang tetap mengekalkan keseimbangan pH kerana mempunyai pH5.5 hingga pH6.5 untuk menyegarkan lagi kulit. Selain itu, fungsi Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah untuk membersihkan kulit secara mendalam tanpa mengeringkan kulit wajah anda. Fungsi yang lain pula adalah membuang sel kulit mati serta mengetatkan liang pori terbuka dengan kuasa pembersihan ekstrak pudina. Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini juga menggunakan kaedah kelembapan dwi iaitu selepas proses pembersihan kulit wajah dan membuatkan kulit terus hidrasi dari kering..


Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini terdapat sistem sel kelembapan dwi dimana fungsi sistem ini bertujuan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif kerana ia dapat mencipta kelembapan pada kulit, tidak membuat penglihatan kabur pada kulit dan dapat membersihkan kulit dengan beberapa sapuan sahaja. Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini tidak meninggalkan kesan minyak pada tempat sapuan malah meninggalkan kotoran pada kulit. Jadi sistem sel kelembapan dwi ini bermaksud gabungan antara air dan minyak dalam lapisan yang bertindih dapat menghapuskan solekan, cecair dan kotoran pada wajah terutamanya.


Sekali sapuan dengan menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser dan cotton pad

Sekali sapuan dengan menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser dan cotton pad


Komen aku tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah:

1. Harga Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini murah sahaja dan tahan lama kerana proses pembersihan hanya sekali sapuan sahaja. (boleh refer video aku)
2. Sistem Sel Kelembapan Dwi ini sangat membantu bagi mereka yang mementingkan kebersihan wajah.
3. Bertindak sebagai double cleansing yang aku rasa kesan pembersihan sangat power!
4. Tidak mengeringkan kulit.
5. Terdapat Ekstrak Daun Pudina dalam Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini yang bertujuan untuk menyegarkan kulit wajah.


before menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser dan cotton pad


Bagi aku, double cleansing ini sangat penting supaya tiada kesan jerawat atau effect lain selepas menggunakan solekan. Kebiasaanya, pembersihan kulit muka ini sangat penting apabila untuk membersihkan solekan supaya kesan solek pada wajah ditanggalkan dengan sepenuhnya. Orang kata, selepas bersolek, perlulah untuk membersihkan kulit muka supaya dapat bernafas dengan baik. Ye! Kulit muka pun kena bernafas juga okay. 


Siapa yang sesuai pakai Althea Pore Purifying Serum Cleanser?

Semua orang sesuai! 
Bagi orang yang mempunyai kulit sensitif seperti berjerawat, berminyak dan sebagainya, amat sesuai gunakan produk yang berasaskan minyak ini. Kulit sensitif yang memerlukan pembersihan yang ringan teksturnya. Walaupun Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini berasaskan minyak, tapi teksturnya ringan sahaja. Pembersihan yang sangat cepat. Bagi mereka yang mencari pelembap muka, yes Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai kecantikan harian.

Jemput tengok bagaimana aku menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini

Kenapa perlu pakai Althea Pore Purifying Serum Cleanser?

Bagi mereka yang selalu mengenakan solekan pada kulit wajah, ya anda sangat penting untuk cuba produk ini. Disebabkan produk ini berasaskan minyak dan mudah untuk tanggalkan solekan, korang kena cuba sendiri tahap keberkesanan produk ini. Bagi yang nakkan kulit muka lembap sepanjang masa, boleh juga gunakan produk ini.

Berapa harga Althea Pore Purifying Serum Cleanser?
Althea Malaysia - RM33


Nak beli Althea Pore Purifying Serum Cleanser dekat mana?
Haaaa, korang boleh beli atau tengok lebih lanjut berkenaan Althea Pore Purifying Serum Cleanser di SINI





Komen aku tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser?
aanAku sangat suka dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini kerana keberkesanan produk ini memang sangat power! Setiap contoh yang aku buat pada gambar atas tu aku hanya mengenakan sekali calit dengan produk dan cotton pad untuk bersihkan solekan pada tangan aku. Aku akan beli lagi nanti. Cuma aku tak berapa suka sangat kalau nak dijadikan sebagai pelembap muka kerana produk ini berasaskan minyak, tak selesa sikit kalau muka aku berminyak. Aku tak pasti kalau orang lain macamana. Tapi apa yang aku nak cakap, Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini memang berkesan sebagai double cleansing, puas hati gila! Boleh bersihkan solekan menggunakan cotton pad atau basuh menggunakan air juga. Ikut korang nak pakai macamana. Kalau aku, aku suka guna cotton pad pastu gosok kat muka dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser. Puas hati wak!


Nak baca review aku tentang STAY FRESH BODY SPARKLING MIST ? Boleh baca DI SINI.


WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK


Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com


Share
Tweet
Pin
Share
18 comments


Pernah dengar Althea?

Siapa yang selalu follow kisah aku di facebook atau instagram mungkin tahu Althea tu apa dan seronok dia macam nak matik! #SeriousTalk

So, bila aku try search part Althea Exclusives dan aku perasan ada satu BRAND yang harga dia SANGAT BERBALOI nak matik jugekkkk dan set ini baru sahaja dilancarkan juga menjadi produk terbaharu di Althea atas jenamanya sendiri. Harga tak kisah, first yang aku akan tengok adalah review dari dorang-dorang yang pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST tu. Finally nak dekat 2 bulan dah aku pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST dan segalanya okay bagi aku. Aku banyak pakai bila di rumah dan nak keluar. Berbalik pada review tadi, lebih 62 review dari pengguna yang telah pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST ni. One by one aku scroll. Mostly, positive feedback dan bertambah excited aku nak pakai.


sumber gambar dari website Althea

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist Bauan Yang Segar | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ini aku nak cuba STAY FRESH BODY SPARKLING MIST dari Althea Korea. Produk ini bagi aku masih baru lagi dan ini adalah produk body mist yang pertama dari Althea Korea. Produk kali ini adalah kerjasama kolabrasi bersama artis dari negara seberang iaitu Titi Kamal bersama Althea Korea. Untuk pengetahuan semua, pemilihan Titi Kamal untuk kolabrasi ini adalah bertujuan mendedahkan lagi pemahaman penguna tentang kecantikan.


Apa dia STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?

Yes. STAY FRESH BODY SPARKLING MIST!!  So, what ur first impression for the name onie? My impression is always wowwwww! STAY FRESH BODY SPARKLING MIST? Dengan pemilihan nama produk yang dipilih ini, sekaligus membuatkan para pengemar produk di Althea akan mengidamkan body mist seperti ini. Kandungan yang terdapat dalam body mist ini adalah campuran buah oren manis, peach dan kelopak bunga Damask Rose yang menghasilkan bau wangian segar dengan campuran buah dan bunga.




Komen aku tentang STAY FRESH BODY SPARKLING MIST ini adalah:

1. Harga yang sangat berpatutan.
2. Jangan risau, bau body mist ini sangat menyenangkan.
3. Dengan hasil kolabrasi bersama Titi Kamal sudah tentu produk ini disukai sendiri oleh artis terkenal dari negara seberang.
4. Boleh dibawa kemana sahaja kerana saiznya hanya 100ml sahaja. Letak je dalam handbag!
5. Bau yang segar hasil daripada campuran buah oren, peach dan rose. Bau tak keras langsung okay.
6. Body Mist ini diperbuat di Korea ( Made in Korea)
7. Packaging bewarna pink yang selalunya menjadi pilihan warna wanita diluar sana.




Kalau sebelum ini, STAY FRESH BODY SPARKLING MIST Althea tidak pernah mengeluarkan produk seperti body mist ini. Aku yakin, produk body mist yang sulung ini tidak membuatkan hari anda semua murung. Percayalah, bau wangian body mist ini sangat puas hati.


Siapa yang sesuai pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?

Semua orang sesuai! 
Yang ada bau badan? Yes! Korang pun sangat. Cuma sedikit peringatan, jangan salah gunakan produk ini di pakaian kerana bau wangian ini tidak akan kekal, sebaiknya semburlah di badan korang tu. Macam tu jugaklah selalu aku pakai. Lepas mandi sahaja, aku wajib sembur body mist dibadan supaya satu hari aku akan segar walaupun hanya berada dirumah sahaja.

sumber gambar dari website Althea


Kenapa perlu pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?

Antara perfume dan body mist aku pilih dua-dua. Tapi body mist terutama dari Althea ini mempunyai ciri-ciri yang sangat aku suka terutama dari segi bau yang tidak terlalu kuat. Fungsi Damask Rose Water ialah bertujuan untuk menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan memberikan aroma bau yang lembut. Haaa, macam aku cakap, sikit pun tidak bau keras. Bahan seterusnya adalah Orange Flower Extract yang fungsinya untuk menyegarkan semula deria bauan. Akhir sekali adalah Elder Flower Extract digunakan untuk memberi kesejukan dan melegakan kulit dengan aroma yang feminin.




Berapa harga STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?
Althea Malaysia - RM35


Nak beli STAY FRESH BODY SPARKLING MIST dekat mana?
Haaaa, korang boleh beli atau tengok lebih lanjut berkenaan STAY FRESH BODY SPARKLING MIST di SINI


Komen aku tentang STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?
Ya! Aku akan beli lagi untuk kali kedua dan seterusnya. Tak sabar nak topup lagi. Suka dengan bau wangian body mist yang sulung ini dari Althea. Tahniah buat Althea atas pelancaran produk body mist beberapa bulan yang lepas bersama artis kolabrasi mereka iaitu Titi Kamal.


WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK


Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments



Singgah Sebentar Di Istana Air Taman Sari, Yogyakarta | Setelah aku melawati Istana Sultan Di Keraton Yogyakarta, aku dan rakan media lain hanya berjalan kaki untuk sampai ke Taman Sari ini. Tiket masuk ke Taman Sari ini adalah Rp.5000 dan Rp1000 bagi yang nak mengambil gambar dan video. 





Keindahan Taman Sari ini terus mendapat kunjungan orang ramai termasuk aku sendiri agak teruja apabila tibanya di Istana Air yang pernah gah suatu masa dahulu. Taman Sari ini mempunyai reka bentuk bangunan yang sangat luar biasa dan masih timbul persoalan kenapa begini binaannya. Sungguh aku pun agak tertanya apabila sampai di sini. Tapi setiap pembinaan itu ada sebab-sebab tersendiri. Jadi, dengan tiket masuk yang murah, hargailah peluang yang ada di Taman Sari ini.




Masa aku pergi, sangat ramai kunjungan, jadi untuk bergambar sebenarnya agak susah tapi cukuplah untuk aku menghayati setiap sudut yang ada di Taman Sari ini.



Info Dan Sebab Kenapa Anda Perlu Ke Taman Sari Ini?


  • Tiket masuk yang murah.
  • Merupakan peninggalan bekas taman atau kebun istana Keraton Ngayogyakarta Hadinigrat.
  • Dahulunya, taman ini dinamakan sebagai The Fragrant Garden yang memiliki keluasan 10 hektar serta mempunyai 57 bangunan seperti gedung, kolam pemandian, jambatan gantung, kanal air, danau buatan, pulau buatan dan lorong bawah air.
  • Taman Sari ini berfungsi sebagai kubu pertahanan terakhir jika istana diserang oleh musuh.


  • Taman Sari ini mempunyai 4 bahagian tertentu dimana bahagian pertama adalah danau buatan, bahagian kedua adalah danau buatan antara lain ialah Pemandian Umbul Binangun. Manakala bahagian ketiga pula adalah Pasarean Ledok Sari dan Kolam Garjitawati serta bahagian keempat adalah bahagian yang ditinggalkan seperti dermaga dan bekas jambatan gantung.
  • Pada bahagian pertama inilah terdapat Sumur Gumuling, Pulo Kenongo dan Pulo Cemethi. Lazimnya, di Sumur Gumuling ini seringkali mendapat perhatian bagi mereka yang masuk ke Taman Sari untuk bergambar kerana seni binanya yang sangat indah dan luar biasa. Di Sumur Gumuling ini juga pernah menjadi tapak masjid pada zaman dahulu serta mempunyai kolah untuk mengambil air wudhuk.
  • Di Taman Sari ini tiada info yang dipertontonkan, jadi sebelum nak pergi ke Taman Sari better korang search google berkenaan Taman Sari supaya tidak lost.
  • Di bahagian bawah tanah Taman Sari terdapat terowong sebagai kubu pertahanan jika diserang musuh.

  • Di Taman Sari inilah dikenali sebagai Istana Air atau Umbul Pasiraman kerana terdapat tempat pemandian Sultan dan Permaisurinya sahaja. Di tempat pemandian ini juga ada kisahnya tersendiri dimana selain Sultan mandi di sini, hanya diizinkan perempuan sahaja yang syaratnya perlulah meninggalkan pakaian tanpa seurat benang di badan serta selain perempuan, Sultan melarang keras untuk memasuki tempat pemandian ini. 
  • Jangan lupa juga untuk luangkan masa seketika di Taman Sari tau. Take time di sini dan mohon ambil gambar di Sumur Gumuling tu tau.


Paling sedih tak dapat bergambar di tempat paling famous iaitu di Puing Masjid Sumur Gumuling, huhu. Time aku pergi memang ramai gila manusia dan kami diberi masa pendek untuk explore Taman Sari ini. InshaAllah one day aku akan ke sini lagi :)


Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥
Share
Tweet
Pin
Share
19 comments


Singgah Di Kasongan Dan Malioboro Di Yogyakarta, Indonesia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Berbalik kisan Yogyakarta aku ini, mohon maaf kerana agak lewat untuk habiskan semua kisah Yogyakarta saya. Jadi kali ini aku ingin berkongsi 2 tempat yang berbeda sejarahnya iaitu Kasongan dan Jalan Malioboro. Kalau kini kalian bisa tengok ianya sudah menjadi tempat pelancongan, jangan lupa setiap yang terjadi pada sesuatu tempat itu pasti ada sejarahnya bukan? Aku telah ke Kasongan dan Jalan Malioboro dimana jaraknya hanya 9.7km dan kalau menggunakan transportasi ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Disebabkan kedua-dua jalan ini agak sibuk waktu siangnya. Pelancong tetap tidak berputus asa untuk datang ke Kasongan dan Jalan Malioboro ini.

MELAYANGKAN SENI TANGAN DI KASONGAN



Sejarah Di Kasongan:

Untuk yang tidak tahu lagi, Kasongan ini adalah nama daerah di wilayah Kabupaten bantuk, DIY yang sangat terkenal dengan kerajinan masyarakat di sana. Lokasi ini lagi tepatnya terletak di daerah Pendukuhan Kajen, Desa Bangunjiwo, Kecamatan Kasihan, Bantul, DIY dimana lokasi ini terletak 6km dari Alun-Alun Utara Yogyakarta ke arah Selatan.




Dahulunya, Kasongan ini adalah tanah sawah milik penduduk desa di Selatan Yogyakarta. Tetapi setelah berlakunya kejadian kematian seekor kuda yang dipercayai milik Reserse Belanda, penduduk desa telah melepaskan hak tanahnya. Setelah penduduk desa melepaskan hak tanahnya, mereka telah beralih arah menjadi seorang pembuat seramik yang mulanya hanya mengempal-ngempal tanah yang tidak dipecahkan bila disatukan. Hari demi hari, penduduk semakin berseni dan kreatif terhadap tanah tersebut walhal hanya digunakan untuk mainan anak-anak dan perabot tetapi disebabkan ketekunan penduduk ketika itu, maka Kasongan ini telah dikenali oleh orang ramai dengan tempat pelancongan yang wajib singgah ketika berada di Yogyakarta untuk bersama membuat seramik.


Sekiranya anda datang melawati sendiri Kasongan ini, jangan lupa untuk tengok pelbagai bentuk dan motif seramik telah dibuat. Disebabkan keberhasilan produksi ini,ianya telah di eksport ke Eropah dan Amerika. Hebat sekali kesenian tangan orang sekitar Kasongan ini.



Pengalaman Mengawal Mesin Kaki Seramik:


Jangan lupa untuk singgah di Kasongan Souvenier ye untuk mencedok sendiri pengalaman membuat seramik ini. Ini adalah pertama kali aku mengawal mesin kaki seramik ini dengan harapan jadilah seramik aku. Sebab aku tengok orang yang buat seramik ini mudah sahaja. Tapi bila aku kerjakan sendiri, Allahu! Ternyata memerlukan kepakaran yang luar biasa untuk mengawal seramik ini dan membentuk seramik ini. 


Sepanjang pengalaman aku membuat seramik ini, ada beberapa tips yang aku belajar untuk membuat seramik yang cantik dan antaranya adalah skill! Hei, kalau tak ada skill macamana nak lembutkan tangan untuk buat pasu seramik ini? Buat pasu seramik pun payah, inikan nak buat motif yang berbentuk haiwan, bunga dan lain? Memang hebat dan aku sangat respek dengan pekerja dia yang buat seramik ni. !


Tips Membuat Seramik:

  1. Seramik tidak boleh dijemur dalam suhu yang panas.
  2. Untuk membuat seramik ini, anda perlulah cari satu pusat pada meja seramik untuk mula membina seramik dan untuk letak tanah. Tanah perlu diuli secara menggulung dan sambungkan di bahagian center meja.
  3. Sepanjang proses membuat seramik ini, setiap penyambungan seramik perlulah rapat supaya semasa proses pengeringan seramik ini tidak akan terbuka balik. 
  4. Tujuan penggunaan kertas kikir (secan) dan guna kain bersama air ini adalah untuk menghasilkan seramik yang cantik. Sepanjang meratakan seramik ini, jangan gunakan air terlalu banyak agar seramik tidak mencair semula.
  5. Untuk melakukan corak atau motif pada seramik, pastikan corak tersebut disambung pada asas bahan yang basah supaya coran yang disambung pada asas bahan tidak tertanggal.
  6. Yes! Skill itu penting okay sebelum nak buat seramik ini.

Alhamdulillah, aku telah mendapat rentak untuk buat seramik ini pada saat akhir dah nak balik okay. Nasib baik bapak yang mengajar aku tidak putus asa mengajar. Terbaik! 



MENCANTING BATIK DI BATIK PLENTONG


Seterusnya kami pergi mencanting batik di Batik Plentong pula. Batik Plentong ini adalah kilang batik yang terletak di Yogyakarta. Kilang Batik ini bagi aku kecil dan biasa sahaja. Lokasi Batik Plentong ini sejauh 5.9km dari Kasongan. Jadi untuk akses ke lokasi ini sangat mudah juga. Di Batik Plentong ini aku telah tengok proses pembuatan batik dan cop batik. Actually aku rindu dengan proses-proses yang dijalankan di Batik Plentong ni. 




Selain tengok pekerja mencanting dan cop batik, aku juga turut diberi pengalaman untuk mencanting batik. Walaupun kita tengok mudah untuk mencanting batik ini, namun skill mencanting ini perlu ada juga. Even dulu aku belajar Mechanical Enginnering Textile dan pernah pun belajar mencanting batik, aku tetap surrender! haha


Jadi setelah aku mencanting batik aku yang corak bunga tapi tak nampak sangat pun corak bunga selepas dicanting oleh aku, proses mewarna dan mengeringkan kain pun perlu. Hasilnya cantik pulak! Di Batik Plentong ini juga terdapat kedai batik dimana anda juga boleh membeli baju batik sebagai ole-ole buat yang tersayang. Harga okay la :D


Suasana di Batik Plentong.









JALAN-JALAN DI SEKITAR JL. MALIOBORO



Di sini korang juga boleh membeli belah. Sepanjang-panjang Jl.Malioboro ni korang boleh beli ole-ole seperti baju batik, keychain, beg dan macam-macam lagi di sini. Food street pun ada cuma perlu menyeberang jalan sahaja. Di sini selalunya memang agak sibuk dengan kenderaan dan ramai orang di sini. Tapi kalau nak shopping better di sini. Banyak pilihan dan boleh tawar-menawar. Jangan lupa juga untuk bandingkan harga,kekekeke...aku di Jl.Malioboro ni sekejap sahaja. Jadi tak berapa puas sangat sebenarnya nak shopping. Tapi nasib baik jugaklah diberi masa sekejap. Kalau lagi lama duduk di Jl.Malioboro ni lagi banyak la aku shopping nanti,hahaha.. 


Ingat! Kalau datang ke Yogyakarta, jangan lupa untuk singgah di sini untuk beli ole-ole pada orang yang tersayang ya. Di Jl.Malioboro ni pun ada sejarahnya tersendiri. Jangan lupa untuk explore ya.






Di Jl.Malioboro juga terdapat beca dan kenaikan kuda. Sekiranya malas nak jalan, boleh la gunakan transportasi seperti beca dan kuda ya. Pusing-pusing Jl.Malioboro tanpa letih,hehe..


Sponsored Trip and thank you to The Ministry of Tourism Indonesia ♥
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mek Onie Pageviews

MEK ONIE


Ye, panggil Mek Onie je. Fulltime Blogger Malaysia. Sebarang pertanyaan atau jemputan boleh email ke mekonie@yahoo.com.

Terima Kasih Follow Saya

Everything About Beauty

My Favourite Spa Monthly





Yeay, paling seronok bila jumpa SPA yang selesa,seronok dan hasil dia WOW! Korang WAJIB baca pengalaman saya di ESTETIKA MEDISPA

ADA SOALAN?

Powered by Blogger.

JEMPUT BACA CERITA SAYA

  • ▼  2019 (68)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ▼  February (11)
      • MAKEUP BERSAMA PRODUK KELUARAN ALTHEA
      • ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER REVIEW
      • ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BAU WANGIAN ...
      • SINGGAH SEBENTAR DI ISTANA AIR TAMAN SARI, YOGYAKA...
      • SINGGAH DI KASONGAN, BATIK PLENTONG DAN MALIOBORO ...
      • NONGSA NEPTUNE REGATTA SAIL TO LINGGA DAN KEINDAHA...
      • CANDI PARAMBANAN PENINGGALAN WARISAN DUNIA OLEH UN...
      • CANDI BOROBUDUR, YOGYAKARTA BERMULA ABAD KE-6
      • PELANCARAN C CLEAN PEARL SERUM
      • GAYA ARTIS DI KARPET MERAH ANUGERAH JUARA LAGU 33
      • SENARAI LAGU DAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 33
    • ►  January (17)
  • ►  2018 (72)
    • ►  December (5)
    • ►  November (4)
    • ►  October (5)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (10)
    • ►  April (7)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2017 (114)
    • ►  December (9)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (3)
    • ►  August (12)
    • ►  July (7)
    • ►  June (15)
    • ►  May (7)
    • ►  April (13)
    • ►  March (8)
    • ►  February (7)
    • ►  January (12)
  • ►  2016 (92)
    • ►  December (11)
    • ►  November (8)
    • ►  October (12)
    • ►  September (7)
    • ►  August (9)
    • ►  July (3)
    • ►  June (14)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (9)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (132)
    • ►  December (10)
    • ►  November (11)
    • ►  October (14)
    • ►  September (8)
    • ►  August (13)
    • ►  July (10)
    • ►  June (15)
    • ►  May (13)
    • ►  April (6)
    • ►  March (13)
    • ►  February (7)
    • ►  January (12)
  • ►  2014 (117)
    • ►  December (22)
    • ►  November (13)
    • ►  October (17)
    • ►  September (11)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
    • ►  June (13)
    • ►  May (6)
    • ►  April (13)
    • ►  March (1)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (150)
    • ►  December (14)
    • ►  November (16)
    • ►  October (13)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  July (17)
    • ►  June (13)
    • ►  May (11)
    • ►  April (8)
    • ►  March (25)
    • ►  February (12)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (141)
    • ►  December (11)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (10)
    • ►  June (32)
    • ►  May (12)
    • ►  April (11)
    • ►  March (20)
    • ►  February (20)
    • ►  January (8)
  • ►  2011 (108)
    • ►  December (9)
    • ►  November (36)
    • ►  October (24)
    • ►  September (10)
    • ►  August (24)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2010 (6)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)

My Blog List

  • KISAHEMASPUTIH
    Rambang Mata Nak Pilih Baju Sejuk Untuk Ke Japan Kat SASUKE PREMIUM BUNDLE Ni.. Cantik-Cantik!
    45 minutes ago
  • Mawardi Yunus
    FLASHBACK NOVEMBER 2019
    2 hours ago
  • RAFZANTOMOMI.COM
    Lirik Lagu Ernie Zakri - Gundah
    1 day ago
  • Ahmad Fauzi Aryaan
    BUSANA MELAYU KLASIK DARI BIN MANSUR
    1 day ago
  • Lovely Bee
    Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's
    4 days ago
  • P O J I E G R A P H Y
    6 Breathtaking Places in India You Need to See Right Now
    1 week ago
  • HASIF HAMSYARI
    Kembara Turki Part 3: Şanlıurfa
    1 week ago
  • Uncle Zuan
    Jom Layan Tony Roma’s Rib Rib Holiday Menu
    1 week ago
  • It's YOU that MATTER!
    Embracing 3!~
    2 weeks ago
  • VISIBLE VOICE
    U.S. POTATOES MALAYSIA @ YAYASAN TM TOWER RUN 2019
    3 weeks ago
  • BLOG BUDAK PACAK
    Promosi Buffet Krismas 2019 Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur
    3 weeks ago
  • Projek Travel
    AIR TERJUN PELANGI | MENARIK DI SUNGAI LEMBING, PAHANG
    3 weeks ago
  • Blogger2u
    Cuba Sendiri Permainan Virtual Reality Avengers Damage Control The Void Genting Highlands
    4 weeks ago
  • Break and Drop
    The travel curse. Is it necessary or is it only for the chosen ones?
    1 month ago
Show 5 Show All

Report Abuse

Facebook Twitter Instagram youtube

Created with by ThemeXpose