ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BAU WANGIAN YANG SEGAR



Pernah dengar Althea?

Siapa yang selalu follow kisah aku di facebook atau instagram mungkin tahu Althea tu apa dan seronok dia macam nak matik! #SeriousTalk

So, bila aku try search part Althea Exclusives dan aku perasan ada satu BRAND yang harga dia SANGAT BERBALOI nak matik jugekkkk dan set ini baru sahaja dilancarkan juga menjadi produk terbaharu di Althea atas jenamanya sendiri. Harga tak kisah, first yang aku akan tengok adalah review dari dorang-dorang yang pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST tu. Finally nak dekat 2 bulan dah aku pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST dan segalanya okay bagi aku. Aku banyak pakai bila di rumah dan nak keluar. Berbalik pada review tadi, lebih 62 review dari pengguna yang telah pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST ni. One by one aku scroll. Mostly, positive feedback dan bertambah excited aku nak pakai.


sumber gambar dari website Althea

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist Bauan Yang Segar | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ini aku nak cuba STAY FRESH BODY SPARKLING MIST dari Althea Korea. Produk ini bagi aku masih baru lagi dan ini adalah produk body mist yang pertama dari Althea Korea. Produk kali ini adalah kerjasama kolabrasi bersama artis dari negara seberang iaitu Titi Kamal bersama Althea Korea. Untuk pengetahuan semua, pemilihan Titi Kamal untuk kolabrasi ini adalah bertujuan mendedahkan lagi pemahaman penguna tentang kecantikan.


Apa dia STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?

Yes. STAY FRESH BODY SPARKLING MIST!!  So, what ur first impression for the name onie? My impression is always wowwwww! STAY FRESH BODY SPARKLING MIST? Dengan pemilihan nama produk yang dipilih ini, sekaligus membuatkan para pengemar produk di Althea akan mengidamkan body mist seperti ini. Kandungan yang terdapat dalam body mist ini adalah campuran buah oren manis, peach dan kelopak bunga Damask Rose yang menghasilkan bau wangian segar dengan campuran buah dan bunga.




Komen aku tentang STAY FRESH BODY SPARKLING MIST ini adalah:

1. Harga yang sangat berpatutan.
2. Jangan risau, bau body mist ini sangat menyenangkan.
3. Dengan hasil kolabrasi bersama Titi Kamal sudah tentu produk ini disukai sendiri oleh artis terkenal dari negara seberang.
4. Boleh dibawa kemana sahaja kerana saiznya hanya 100ml sahaja. Letak je dalam handbag!
5. Bau yang segar hasil daripada campuran buah oren, peach dan rose. Bau tak keras langsung okay.
6. Body Mist ini diperbuat di Korea ( Made in Korea)
7. Packaging bewarna pink yang selalunya menjadi pilihan warna wanita diluar sana.




Kalau sebelum ini, STAY FRESH BODY SPARKLING MIST Althea tidak pernah mengeluarkan produk seperti body mist ini. Aku yakin, produk body mist yang sulung ini tidak membuatkan hari anda semua murung. Percayalah, bau wangian body mist ini sangat puas hati.


Siapa yang sesuai pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?

Semua orang sesuai! 
Yang ada bau badan? Yes! Korang pun sangat. Cuma sedikit peringatan, jangan salah gunakan produk ini di pakaian kerana bau wangian ini tidak akan kekal, sebaiknya semburlah di badan korang tu. Macam tu jugaklah selalu aku pakai. Lepas mandi sahaja, aku wajib sembur body mist dibadan supaya satu hari aku akan segar walaupun hanya berada dirumah sahaja.

sumber gambar dari website Althea


Kenapa perlu pakai STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?

Antara perfume dan body mist aku pilih dua-dua. Tapi body mist terutama dari Althea ini mempunyai ciri-ciri yang sangat aku suka terutama dari segi bau yang tidak terlalu kuat. Fungsi Damask Rose Water ialah bertujuan untuk menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan memberikan aroma bau yang lembut. Haaa, macam aku cakap, sikit pun tidak bau keras. Bahan seterusnya adalah Orange Flower Extract yang fungsinya untuk menyegarkan semula deria bauan. Akhir sekali adalah Elder Flower Extract digunakan untuk memberi kesejukan dan melegakan kulit dengan aroma yang feminin.




Berapa harga STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?
Althea Malaysia - RM35


Nak beli STAY FRESH BODY SPARKLING MIST dekat mana?
Haaaa, korang boleh beli atau tengok lebih lanjut berkenaan STAY FRESH BODY SPARKLING MIST di SINI


Komen aku tentang STAY FRESH BODY SPARKLING MIST?
Ya! Aku akan beli lagi untuk kali kedua dan seterusnya. Tak sabar nak topup lagi. Suka dengan bau wangian body mist yang sulung ini dari Althea. Tahniah buat Althea atas pelancaran produk body mist beberapa bulan yang lepas bersama artis kolabrasi mereka iaitu Titi Kamal.




Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com

19 ulasan:

  1. Banyak juga LeYa dah baca review tentang Body Mist ni. Tapi LeYa sendiri belum mencubanya. Nampak gayanya setelah baca review Onie ni, macam rasa nak cuba pulak. Harga pun ok-ok jugak tuh...Hee..

    BalasPadam
  2. Suka giler body mist. Bau dia wangi. Iza memang suka bau yang bunga campur buah ni. Sweet je and tak strong sangat.

    BalasPadam
  3. sedap bau althea stay fresh body sparkling mist ni tau.memang fresh..dah jadi benda wajib sembur sebelum keluar rumah

    BalasPadam
  4. Murni belom cuba lagi body mist ni. Ramai kawan2 kata bagus..nanti nak tengok2 dekat website althea laa..thanks for info

    BalasPadam
  5. Best kan bau ni ..bau bunga yang buat orang toleh dua tiga kali bila berselisih..kawan office akak siap tanya..akak guna perfume apa...bila ckp guna body mist ni..diorang pun nak cuba...

    BalasPadam
  6. Oh baru tau. Saya biasa kalau barang jenis spray spray ni mesti spray dekat baju kecuali deodorant spray tu. itu je yang spray dekat ketiak. Hahahha. Ingatkan kalau spray dekat baju bau die lekat

    BalasPadam
  7. Hi Athea pun ada keluarkan produk ni juga ker hehehehe patut ramai orang perempuan suka akan jenama Athea ni banyak pilihan dan produk berkualiti bagus lah...

    BalasPadam
  8. Kita suka kalau pakai body mist spray bawak keluar time nak refresh. Bila stop solat ke, bagi segar balik. Klau bau wangian sitrus lagi sedap & fresh sgt.

    BalasPadam
  9. Ramai yang dah cuba wangian baru dari Althea ni. Dan ramai yang cakap best sangat baunya. Siap kata kalau habis nak repeat order lagi.
    Produk Althea sememangnya best best.
    Rugi tak cuba kan.

    BalasPadam
  10. bau dia memang wangi ! favourite airah guna setiap hari.rasa segar je badan

    BalasPadam
  11. ha sesuai sangat kalu badan ada masalah bau badan. lagi pun guna bahan-bahan yang confirm boleh tahan wangi sampai petang ni.

    BalasPadam
  12. Althea stay fresh ni memang wangi sekali lepas tu.. bau dia memang sedap sekali saya sukakanya ! kalau tak pakai rasa tak kena pula jadi dengan itu sentiasa ada dalam handbeg nak pakai just spray

    BalasPadam
  13. Memang best haruman mist ni bila dah lama pakai..makin lama makin sedap bau dia. Sampaikan anak sis berkenan..now dah berpindah tangan pulak...huhuhu. Nampak gaya kena beli baru ni

    BalasPadam
  14. Kat rumah kita banyak body mist. Kalau keluar nampak body mist mesti beli. Kita tercari2 jga bOdy mist bauan rose.

    BalasPadam
  15. Body mist ni mesti wangi sebab ada gabungan bauan buah dan bunga. Suka gabungan ni sebab dia bau fresh sepanjang hari

    BalasPadam
  16. Hehe ye memang tau Onie pengguna tegar produk Althea ni sampai kak min pun rasa terpengaruh nak pakai hahah..eh best la kan body mist ni dah la harga pun murah. Boleh la grab nanti

    BalasPadam
  17. mcm2 pilihan bau2an boleh dipilih...mesti sedap baunya....memakainya membuatkan segar sepanjang hari

    BalasPadam
  18. Bau dia relaxin sangat . Akak suka.. Suami kata bau lembut mcm tak sesuai dengan akak.. Hampeh btul

    BalasPadam
  19. RM 35 jer?? Wahh bestnya! Sekarang cuaca panas dan tak menentu. Kadan air cond dalam kereta buat hal juga. Hurmmm memang kena sentiasa ada Mist macam ni. Bagi mood kita girang balik. Hehe

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..