4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL


4 Cara Memakai Gentle Skin Cleanser Jenama Cetaphil |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Akhirnya, dah lama sebenarnya aku nak kongsi apa pembersih muka yang semua orang boleh pakai. Dari kulit sensitif hinggalah kulit yang normal. Sebelum ini, aku perasan banyak review dari pengguna Cetaphil terutama di twitter, facebook, youtube dan instagram. Rata-rata bagi maklumbalas yang baik dan positif. Yes, for me.. Sebelum nak make up, aku akan fokuskan dahulu apa produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit muka aku. Untuk pengetahuan semua, akulah manusia yang sangat bersyukur dan gembira bila mana kulit muka aku tak bermasalah cuma kadang-kadang tu datang jerawat sekali dan muka jadi kemerahan then gatal. 


Untuk entri kali ini, aku nak fokuskan 4 cara aku memakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini. Pertama kali aku pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini serius aku sangat terkejut sebab eh biar benar kenapa la tak ada buih ni. Jujur aku kata, mostly ramai diantara kita termasuk aku yang suka bila pembersih muka dorang ada buih. Kan, betul tak? Sebelum aku pergi lebih jauh tentang cara aku memakai produk ini. Izinkan untuk aku kongsikan sedikit apa itu Cetaphil Gentle Skin Cleanser.


Kalau korang nak tahu, kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club Malaysia mendedahkan sebanyak 99% wanita bersetuju Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit. Sebab pencuci muka ini tak berbuih dan tanpa sabun, ia takkan mengikis lapisan pelindung kulit semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit. 


4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL


Antara sebab korang kena percaya Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini bagus adalah:


  • Membersih dengan lembut
  • Bebas sabun
  • Bebas pewangi
  • Bebas lanolin
  • pH seimbang
  • Ujian klinikal membuktikan tidak merosakkan kulit muka
  • Ahli dermatologi mengesyorkan produk ini (Jenama penjagaan kulit derma No.1 di Malaysia)
  • Tidak menanggalkan pelindung kulit semulajadi (skin's natural barrier) malah membuatkan kulit kekal lembap dan sentiasa dilindungi.
  • Selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit tak bermasalah ataupun sensitif tau.

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL


Sebenarnya, pencuci muka yang bebas dari sabun/buih dan bebas pewangi ini adalah sangat bagus kerana tidak membuatkan kulit muka terus kering dan hilang kelembapan pada kulit muka. Hal ini kerana, pencuci muka yang jenis berbuih ini kebanyakannya mengandungi sabun dan buih-buih ni adalah punca kulit menjadi kering and lama-kelamaan merosakannya jua. Tapi memang kebanyakan ramai yang masih beranggapan dimana penggunaan pencuci muka yang banyak buih ini adalah merupakan pencuci muka yang bagus. 

Oleh sebab itu, bagi mereka yang mempunyai kulit muka berminyak, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini adalah sesuai untuk menggunakan kerana pencuci ni tak berbuih dan takkan mengikis lapisan pelindung kulit semulajadi. Mereka yang kulit normal, kombinasi atau kering pun boleh menggunakan pencuci muka ni kerana ia membersih dan melembutkan. 

Begitu juga dengan pewangian. Kebanyakkan ramai suka pewangian kerana rasa lebih segar selepas mencuci muka tapi sebenarnya pewangian ni tidak bagus untuk kulit kita kerana ia akan merengsangkan kulit dan rosakkan kulit kita. 


4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL


Cetaphil Gentle Skin Cleanser bukan untuk kulit muka sahaja, tetapi sesuai digunakan di seluruh badan. Ya, memang bebas sabun dan antara kelebihan yang korang wajib tahu adalah:

      Sesuai untuk semua jenis kulit
      Boleh digunakan untuk bayi
      Tidak meyebabkan iritasi pada kulit
      Formula pH-balance bebas sabun
      Membersih sambil melembap
      Boleh tanggalkan make up yang ringan
      Tidak memedihkan mata
      Boleh digunakan dengan air atau tanpa air

Berikut ini adalah 4 cara aku memakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser: 


Cara 1: Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bersama air.

Dengan cara 1 ini, aku gunakan dengan air dimana aku gosok Cetaphil Gentle Skin Cleanser kat muka terus dan kemudian aku bilas bersama air juga. Bestnya produk Cetaphil Gentle Skin Cleanserini ia tidak mengeluarkan buih langsung dan bebas dari pewangi. 


4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

Nak puas hati gosok muka bersama Cetaphil Gentle Skin Cleaser dan air serta lap muka dengan tuala yang bersih supaya kulit muka kekal bersih dan segar.


Cara 2: Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser tanpa air.

Cara yang kedua ini bila waktu gawat takde air atau pergi travel yang perlu berada dalam kenderaan seperti kapal terbang yang berbelas jam atau pun ketika melancong boleh guna cara ini. Gosok Cetaphil Gentle Skin Cleanser tanpa menggunakan air dan tanggalkan Gentle Skin Cleanser ini dengan menggunakan kain, tisu atau pun cotton pad. Jujur aku kata, produk ini membuatkan aku lebih teruja kerana walaupun ketika mencuci muka, tak perlu bilas bersama air pun tetap kulit bersih dan sihat, 


4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

See? Tetap bersih dan kulit muka nampak glowing :)



Cara 3: Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk membersihkan make up yang ringan.

Bestnya cara ketiga ini adalah boleh menanggalkan make up yang ringan dengan menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, untuk cara ketiga ini..terpulang pada korang samada nak gosok dengan air atau pun terus gosok sahaja kemudian bilas. Cuma cara yang ketiga ini aku sarankan untuk buat double cleansing supaya make up dimuka betul-betul hilang dan kulit muka terus bersih sekaligus membuatkan kulit muka nampak segar, sihat dan glowing.


4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

Jangan lupa untuk double cleansing tau korang. :)


Cara 4: Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bersama alatan elektronik.

Yes! Nak kulit betul-betul bersih dan sihat? Jangan lupa gunakan alatan elektronik bersama Cetaphil Gentle Skin Cleanser semasa membersihkan muka. Langkah ini yang selalu aku praktikkan supaya segala kekotoran dimuka hilang. 


4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL

4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL


4 CARA MEMAKAI GENTLE SKIN CLEASER JENAMA CETAPHIL



Komen aku berkenaan produk Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini adalah:
1     Sumpah best gila lepas pakai. Kulit muka terus dihidrasi dan nampak lembap.
2     Mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian diri.
3     Tidak berbuih langsung dan ini membuatkan kulit muka betul-betul lembap dan tidak mengeringkan kulit muka.
4     Harga yang agak mahal tapi sangat worth it dengan hasilnya.
5     Memang dah ramai gila yang pakai produk Cetaphil ini dan rata-rata ramai yang pilih Gentle Skin Cleanser.
6     Sesuai digunakan untuk bayi juga.
7     Bukan untuk muka sahaja, malah untuk badan pun boleh digunakan
8     Yess! Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini akan terus jadi produk no.1 aku.
9     Disyorkan oleh pakar kulit

Korang macamana pulak?hehe..Inilah sebab aku beli dan cuba produk Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Ternyata memang berkesan dengan kulit muka aku tanpa meninggalkan kesan iritasi pada kulit. Korang boleh beli di any drugstore like Guardian, Watsons dan farmasi dan juga dari Lazada dan Shopee. Link kat bawah. Yuhuuuu, selamat mencuba juga korang bagi sesiapa yang first time nak cuba,hehe.


1 ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..