BUFFET RAMADAN 2019 : LUGAR DE LA BODA, PUCHONG



Buffet Ramadan 2019 : Lugar De La Boda 2019 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lokasi kedua yang aku pergi untuk preview buffet ramadan adalah di Lugar De La Boda. Untuk makluman semua, Hanana Group Sdn.Bhd. telah membuka cawangan dewan perkahwinan yang kedua iaitu di kawasan Puchong, Selangor iaitu Lugar De La Boda. Nama Lugar De La Boda ini diberi bersempenan perkataan wedding place di dalam bahasa Sepanyol. Dewan ini juga mempunyai ciri-ciri modern english yang bertatahkan warna emas dan juga warna putih manakala daun-daun dan pokok-pokok yang pemilik ini tanam terdiri daripada pokok-pokok palm dan juga pokok-pokok taman. 


Kalau korang nak tahu, Lugar De La Boda ini baru sahaja dilancarkan pada 5 Januari 2019 dan kini telah dapat banyak sambutan orang ramai untuk mengadakan majlis perkahwinan di sini. Pada 18 April 2019 juga, pertama kalinya telah melancarkan Bufet Ramadan bagi tahun 2019 di Lugar De La Boda, Puchong. Untuk ke Lugar De La Boda ini sangat mudah, korang perlu waze ' Garden Wedding At Puchong (Lugar De La Boda)'. Perjalanan ke Lugar De La Boda ini tidaklah rumit malah kawasan tempat letak kereta pun luas dan selesa. 






Berkenaan Lugar De La Boda, Puchong :

Satu yang aku nak cakap tentang pakej perkahwinan di Lugar De La Boda dibawah kelolaan Hanana Group Sdn.Bhd ini adalah super friendly juga sangat helpful terutama dari segi pemilihan tema, pakaian dan makanan. Dorang akan serve mengikut kemampuan dan tema apa yang kita nak.


Dewan Perkahwinan Puchong ini boleh memuatkan sehingga 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari gold di dalam satu masa.Bagusnya Lugar De La Boda ini, terdapat juga tandas lelaki dan tandas perempuan di bahagian belakang dewan juga surau lelaki dan perempuan di bahagian tepi dewan. Pejabat HGSB berada di sebelah surau lelaki dan mereka juga kalau korang nak tahu ada sediakan bilik akad nikah untuk bakal pengantin, haaaa...cukup lengkap dah rasa tu kan :)


Maksimum tetamu di sini boleh mencukupi sehingga 1,000 pax dengan harga yang dipamerkan seperti gambar di atas dan minimum tetamu adalah 300 pax. Pada yang ingin tahu makanan yang disajikan di sini cukup sedap dan puas hati mengikut bajet yang diperuntukkan. Dengan dewan yang cukup indah dan selesa, tuan rumah pada majlis ini tidak perlu risau akan semua itu.






INFO TERBARU:

Ingat, jangan lupa mark kalender korang untuk berbuka puasa di Lugar De La Boda dan  Ambassador Putrajaya kerana mereka akan mula pada 9 Mei 2019 hingga 31 Mei 2019. Pelbagai menu yang terhidang mampu membuatkan setiap detik berbuka puasa menjadi satu nikmat yang besar. Ingat, jangan lupa untuk rasai sendiri air tangan bonda walaupun jauh di perantauan.


HARGA BIASA BERMULA BERMULA 9 MEI 2019 hingga 31 Mei 2019:
RM68/DEWASA
RM38/KANAK-KANAK
*Pada yang dah beli voucher, mohon sahkan kehadiran sehari sebelum tarikh yg korang nak pergi tu, kang sia je pergi sana sekali full..dah bad mood nak buka puasa tu haaaa..


HARGA PROMOSI BERMULA BERMULA SEKARANG HINGGA SEBELUM 9 MEI 2019:
RM59/DEWASA
RM30/KANAK-KANAK

HARGA ISTIMEWA UNTUK TEMPAHAN SATU MEJA:

RM580 / 1X MEJA (10 PAX)
*KANAK-KANAK: 6-12 TAHUN



UNTUK TEMPAHAN:
016-3111074 (ZURAINI)
016-4318434 (LIANA)
016-6700752 (HANIS)
016-6700457 (FARAH)
016-6700473 (SHAIDATUL)
016-6700471 (SARAH)


ANTARA MENU YANG ADA ADALAH: 

Nikmati pelbagai hidangan berbuka puasa dengan pelbagai jenis menu istimewa kami seperti kambing golek berperisa lemon dan juga gulai kawah kelate. Kesemua menu korang wajib cuba kerana menu di Lugar De La Boda ini tidak pernah menghambarkan. Mereka sangat menjaga kualiti makanan. 


APA YANG MENARIK LAGI SEPANJANG BULAN RAMADAN DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG DAN AMBASSADOR PUTRAJAYA?

Lokasi yang berbeza tetapi harga dan menu yang sama! Jadi orang berdekatan puchong dan putarajaya serta warga lembah klang, jom cuba buka puasa di sini. 



LAIN-LAIN BERBUKA PUASA DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG


  • Parking luas
  • Surau dan tandas sangat selesa
  • Makanan memang terbaik
  • Pilihan menu terhad tetapi sangat menyelerakan, korang wajib rasa kambing bakar dorang. Aku 3 4 kali menambah wehhhhhh...balik rumah pening kepala,wahahaha... tambah banyak kali sebab sedap!
  • Dekorasi dewan yang cantik, selesa dan berhawa dingin.



LAIN-LAIN BERBUKA PUASA DI AMBASSADOR PUTRAJAYA
  • Sangat selesa kerana berbuka dalam keadaan yang tenang dan tidak crowded.
  • Baby Chair
  • Jalan untuk OKU
  • Tempahan dan bayaran online yang memudahkan orang ramai.
  • Parking? Haaa, jangan risau.. Parking ada di kaki lima jalan raya, no worries..banyak je parking.
  • Kemudahan seperti toilet dan surau pun ada disediakan ditingkat 3 dan toilet di dewan pun turut disediakan.
  • Pilihan menu terhad tetapi sangat menyelerakan, korang wajib rasa kambing bakar dorang. Aku 3 4 kali menambah wehhhhhh...balik rumah pening kepala,wahahaha... tambah banyak kali sebab sedap!
  • Dekorasi dewan yang cantik, selesa dan berhawa dingin.


ANTARA MENU YANG TERHIDANG ADALAH:






















GAMBAR LOKASI DAN SUASANA BERBUKA DI LUGAR DE LA BODA, PUCHONG










Alamat HQ:
Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 
Persint 15, 62050 Putrajaya

Alamat Lugar De La Boda:
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

25 ulasan:

  1. memang sedap lauk pauk...kambing tu perghhhh first time kak sue make kambing kat buffet menambah nambah hehehehe sedap sengoti...

    BalasPadam
  2. eh macam kenal je tempat ni. oh baru ingat, dekat dengan rumah sewa lama kat puchong.. tak tahu pulak situ ada buat iftar ramadan. Insyallah boleh la singgah berbuka kat sini nanti

    BalasPadam
  3. Sedapnya menu dia. Tempat pun cantik. In shaa Allah, kalau ke Puchong blh pergi. Thanks info ❤️

    BalasPadam
  4. Lawanya deko warna warni pulak tu. Pilihan makanan pun banyak & nampak sedap. Harga pun berpatutan. Nak kena grab awal early bird untuk harga murah.

    BalasPadam
  5. wahhh ! nampak meriah betul buffet ramadhan yang disajikan di sini ya. tengok2 gambar rasa tak sabar pulak nak berpuasa. harga dia berpatutan dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan

    BalasPadam
  6. Memang cantik dewannya.. Besar pulak tu. .Parkimg luas betul. .Kambing grill dia memg sedp onie, eh rasa semua sedap la. .Haahhhaa. .Tempat pun cantik. .Luas. .Kemudahan pun ada. .

    BalasPadam
  7. Dikala tekak tak lalu nak makan, tengok menu ni rasa berselera sungguh la..
    Sedapnya pelbagai pilihan.
    Harga pun berbaloi..
    Memang puas makan. Tempat pun exclusive.

    BalasPadam
  8. Wah. Ini lengkap dah pakej untuk lokasi berbuka yang sangat terbaik - harga bawah RM100, banyak parking, ada dim sum, ada jeruk, ada masakan kampung dan dessert lazat. Ok ON!

    BalasPadam
  9. yay to Buffet Ramadan 2019. Since the Ramadan month is near, it's time to plan for where to buka puasa kan. The food at Lugar De La Boda looks delicious. Wish to try it out

    BalasPadam
  10. suka tengok deko kalerful macam ni nampak meriah giler heheheheh...tak pernah try lagi berbuka kat sini..agak menarik juga tengok seleksi makanan yg ditawarkan. ingat nak bawa familiy lah datang sini

    BalasPadam
  11. Meriah betul buffet ramadhan kat sini Macam macam menu ada. Harga yangbditawarkan pun murah dan berpatutan .Kira berbaloilah dengannharga macam tu pengunjung dihidangkan dengan pelbagai menu yang sedap.

    BalasPadam
  12. Harga buffet yang murah.. menu pun banyak dan kena dengan citarasa bila dtgnya bulan ramadhan. Klau bab suasana tempat makan memang superb. Lapang dan cerah. Tak rasa sempit dan tetamu yg akan dtg pun akan rasa happy. Llau dekat mmg dah pergi ni. Sbb ada kerabu perut disitu.. terliur

    BalasPadam
  13. Cantiknya tempat dia. Makanan dia pun banyak pilihan. Nampak sedap sedap pulak tu. Nampak ada dimsum! My favourite tu. Harga pun standard je kan. Tak mahal sangat.

    BalasPadam
  14. Bestnya.. macam-macam menu ada. Tinggal kita nak pilih yang mana je kan. Sedapnya kambing bakar tu hehe. Harga pun boleh tahan. Banyak kemudahan disediakan juga.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  15. Nama diaaaa Lugar De La Boga gituuuu classy. Tak penah dgr kat putra dulu tempat ni. Classy tempat dia. sempat nak review dress sesambil buka puasa nanti. eh

    BalasPadam
  16. MasyaAllah sedapnya menu-menu dia.. mesti terliur tengok kalau tengah-tengah lapar ni.. huhu.. yang best tu TB suka sebab parking luas.. haha.. yang tu memang buat orang akan rasa senang nak datang sini

    BalasPadam
  17. Wah cantiknya tmpt ni. Mcm tempa org wedding. Menu pun sedap mata memandang sakit lg perut memikul. Harga pun boleh tahan. Boleh cuba ni. hehehe

    BalasPadam
  18. Bestnya buffet dekat sini. Iza menu je nampak dim sum dulu. Hahah. Nampak macam sedap je. Meny-menu lain pun nampak sedap. Kawasan dia pun luas and cantik. Boleh ni kalau nak bawak anak sekali pergi sini.

    BalasPadam
  19. ehhhhhhhh.. makanan sebanyak itu, dengan harga murah camtu ? berbaloi gile !!

    BalasPadam
  20. Pelbagai hidangan bufet ramadhan dihidangkan. Nampak pun air liur terliur dah. Suka ada servis baby chair yang mencukupi untuk tetamu.

    BalasPadam
  21. Mereka dah biasa buat hidangan utk kenduri kahwin..mesti masakan untuk buffet ramadan ni juga sedap2. Harga promosi tu memang murah..nanti nak cuba gaklah berbuka kat sini

    BalasPadam
  22. sedap menu menu kat atas... anyway, sis done follow blog mek onie.. ada masa jemput singgah ke blog sis juga ya.. terima kasih :D

    BalasPadam
  23. Kat sini kita suka dia punya kambing panggang terbaik sedap dan juga kita suka makanan seperti mee sup sedap kemudian cucur udang terbaik juga... Nak datang lagi sebab harga murah giler lah ok best....

    BalasPadam
  24. Wah ade dimsum. Harga boleh tahan ok juga. Tempat pun cantik n selesa :)

    BalasPadam
  25. I hope they have the similar dishes for next year as well!

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..