SERUM UNTUK JERAWAT DR.BEAU

by - July 29, 2019





Serum Untuk Jerawat Dr.Beau | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Korang pernah tak dengar masalah jeragat dan jerawat? Haaa, mestilah pernah dengarkan? So, kali ini onie sendiri nak kongsikan tentang satu produk dari Dr.Beau iaitu serum yang mengandungi vitamin E dari bahan herba semulajadi telah terbukti berkesan dan selebriti dan pakar kecantikan pun ada menggunakan produk serum dari Dr.Beau ini.


Sebelum onie kongsikan jenis kulit yang ada terutama penduduk di Malaysia izinkan untuk onie kongsikan berkenaan kandungan yang ada pada serum Dr.Beau ini. 
  1. Vitamin E yang merawat kulit.
  2. Rosehip Oil yang melembutkan, melembapkan dan menjaga kesihatan kulit.
  3. Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  4. Almond Oil pula merawat sel kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  5. Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  6. Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  7. Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.





Kelebihan Serum Dr.Beau:
  1. Sesuai digunakan untuk wanita Asia
  2. Meresap ke dalam kulit dengan pantas. Betul yang ni, onie sendiri dah cuba dan absorption level memang pantas gila ye. Mula-mula tu a bit oily but bila leave for 3 minutes kulit tak oily dah pun.
  3. Bau yang sangat menyenangkan 
  4. Tak melekit langsung ye even memula tu a bit oily.
  5. Rasa segar dan nyaman je lepas pakai.
  6. Paling seronok sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang berjeragat dan berjerawat ya.




Cara Nak Guna Serum Dr.Beau:
  1. Mestilah kena bersihkan kulit muka dulu sampai kulit muka bersih dan teteskan Dr.Beau pada telapak tangan kemudian; sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit.
  2. Sapukan di seluruh muka dan sebahagian kulit muka hingga kawasan leher secara merata terutama pada kawasan yang nampak garis-garis tua kan.
  3. Selepas menyapu Dr.Beau, korang dah boleh pakai sunscreen ke bedak ke dan start makeup. 
  4. Untuk hasil yang kebabom wajiblah sapu Dr.Beau ini pada waktu pagi dan malam. Untuk makluman korang semua, penggunaan di waktu pagi boleh menjaga kulit daripada udara kotor sepanjang siang serta waktu malam boleh merehatkan dan memulihkan kulit. Jadi, pagi dan malam kena pakai.





Kandungan / Isipadu: 

  1. 30 biji per botol
  2. 30 gram
  3. Simpan di tempat suhu kurang daripada 27°C (Suhu bilik)

Sedikit info berkenaan jenis kulit wanita asia:

Kulit Normal
Kulit normal atau kulit biasa iaitu jenis kulit licin, halus dan lembap apabila dipegang, pori-pori juga halus dan rata. Kulit kelihatan segar dan sihat. Kulit jenis ini sememangnya bertuah dan hanya perlu menjaganya sahaja. Namun, penjagaan kulit seperti jenis bedak yang digunakan dan barang kosmetik perlu diteliti sebelum digunakan. Masalah yang biasa dihadapi kulit muka normal adalah kulit senang mengalami kekeringan, bintik-bintik hitam dan pigmentasi serta menimbulkan bintik hitam dan putih.


Kulit Kering
Kulit kering ini pula kelihatan kusam dan nampak tua dari usia sebenar dan penyebabnya adalah kelenjar minyak yang kurang aktif dan terjadi di kawasan yang bersuhu tinggi/panas atau pun dari penghawa dingin. Penyebab kulit kering ini juga oleh kerana pemakaian pembersih muka yang mengandungi alkohol, kurang minum air atau pengambilan ubat tertentu seperti roaccutane. Masalah yang dihadapi kulit kering ini adalah kulit muka menjadi mudah kelihatan tua dan mudah menimbulkan bintik-bintik hitam (freckles) iaitu garis hitam di sekeliling mata, pigmentasi dan muka kelihatan pucat dan tidak bermaya.


Kulit Sensitif
Kulit muka sensitif ini terjadi kerana rangsangan faktor dari luar atau salah guna produk kosmetik. Pengambilan makanan setiap hari juga mengambil kira seperti alergi makanan, produk kosmetik, faktor lingkungan suhu panas atau dingin. Kesan daripada kulit sensitif ini pula seperti kulit boleh pecah-pecah, merah, perit, mengelupas dan mengalami pigmentasi dan bintik-bintik hitam dan berjerawat.


Kulit Bermasalah
Jenis kulit ini pula banyak terjadi pada remaja dimana kalenjar minyaknya terlalu aktif hingga menyebabkan kulit berminyak dan menimbulkan jerawat. Pori-pori yang terbuka mengeluarkan minyak yang berlebihan dan terjadi pertumbuhan jerawat dimana sekiranya tidak dirawat dengan betul, kawasan berjerawat boleh menyebabkan pembiakan bakteria. Selain itu, wanita yang sedang/sebelum/selepas period kebanyakannya akan mengalami jerawat kerana hormon tidak seimbang dan sering tumbuh jerawat di sekitar muka tetapi itu hanyalah sementara.



Komen onie;

  1. Harga berpatutan
  2. Dengan keluarnya packaging baru yang kecil ini, pengguna boleh dah bawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil.
  3. Part penyerapan ke dalam kulit muka ini onie setuju kerana cepat menyerap.
  4. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit muka sensitif tapi for me depend on your skin juga. Jangan belasah je.
  5. Boleh dipakai pada waktu siang dan malam.
  6. Jimat kerana serum ini disediakan dalam bentuk capsul dan hygiene.
  7. Overall onie okay dengan produk ini. 


FACEBOOK | INSTAGRAM
No.Tel: 0169633443




You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..