TIPS SHOPPING SECARA JIMAT DI ONLINE

by - July 04, 2019



Tips Shopping Secara Jimat Di Online | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hooray! Mood menaip blog ini semakin rajin ye kawan-kawan semua. Kadang-kadang, bila rasa down ke, stress ke, terus aku buka blog dan taip tanpa fikirkan masalah yang datang, haaa hebat tak aku? Setengah orang bila ada masalah, nak start menaip pun susah. Macam aku, aku jenis paksa kalau untuk menaip blog ni. Kalau melayan je, memang kelaut dalam terus la jawabnya.


Okay korang, lately ni aku kuat gila shopping. Tapi lepas shopping tu memang akan menyesal. Menyesal sebab shopping. Pening nak fikir kumpul duit lagi. Ingatkan azam ni nak la kumpul duit, tapi memang angan-anganku musnah jela ye,muahahaha... Harap ke angan-angan mat jenin aku ni, sampai bila-bila pun duit tak menebal, adoi onie onie. Mohon la insaf segera wei.


Tapi takpelah, benda nak pakai memang aku kena beli. Lepas tu aku sekarang ni lagi suka shopping dekat apps atau website je. Nak harap aku menapak ke mall ke, kedai ke memang liat gila la nak ke sana. Baik beli online je. Seronok sebenarnya kalau beli online ni. Aku tak tahu kenapa..Memang la orang kata, kalau beli online ni membazir walhal bagi aku ia sangat jimat dan proses untuk membeli tu dia akan terjadi beberapa juta kali contohnya macam aku. Dah letak barang dalam troli tapi tiba-tiba remove barang tu. Haaaa, dah kenapa macam tu onie? Salah satu bila aku suka membeli di online ni adalah part proses nak membeli tu dia akan jadi lebih berhati-hati dimana kita boleh berfikir dan survey tanpa menapak jejauh. Perbandingan harga pun sebenarnya sangat penting bagi aku.






Jadi, aku nak buat beberapa perbandingan bila shopping dekat online ni:
  • Pengurusan masa: Bila shopping dekat online ni dia sebenarnya menjimatkan banyak masa dan tenaga ye sebenarnya. Tak perlu nak gigih pergi mall ke apa lepas tu menapak la, cari parking la, bersesak-sesak la. TAK PERLU. Cukup setakat shopping di online. Bila shopping dekat online ni, pengurusan masa aku jadi sangat teratur. Duduk kat mana-mana je boleh dah nak survey barang kita. 
  • Proses membeli atau cara membeli: Part yang ni aku suka sebab bila kita nak beli sesuatu ia sangat mudah. Bayaran pun secara atas talian sahaja. Kalau dekat kedai tu, memang kalau rasa nak beli, kena beli terus sebab macam rugi bila dah keluar tapi tak beli apa-apa. Haaa itu akulah. HAHA. Bila shopping atas talian ni, kita rasa nak remove barang yang kita pilih di troli pun boleh. Sebab kita ni jenis berfikiran pendek. Pantang nampak, nak bubuh kat troli. Jadi proses membeli atau cara membeli ini terpulang kepada individu itu sendiri. Membeli pun kena fikir panjang ye awak-awak.
  • Perbandingan harga: Bila dah shopping atas talian ni, dah tentu la aku akan buat perbandingan harga dengan betul termasuk benefit yang kita akan dapat kalau kita beli di sesebuah syarikat tu. Bergantung la pada diri kita takat mana nak survey harga tu. Kalau aku, aku akan survey harga betul-betul. Shopping memang shopping, tapi tak salah untuk berjimatkan?


  • Shopee tempat terbaik untuk shopping: Rata-rata kawan aku termasuk aku sendiri memang jadi gila ye bila bukak aplikasi Shopee ni. Dia punya harga bagi aku sangat reasonable berbanding syarikat lain. Aku juga seorang yang suka kejar bila ada SALE ni. Gila weh SALE dia. Sangat mengundang. Seller dia semua pun trusted seller. Kebarangkalian nak kena tipu tu susah sebab sistem sale Shopee ni dia lain dari yang. Duit kita pun tak mudah kena sedut oleh trusted yang jenis tak jujur. Sape tak kenal Shopee memang rugi yang amat.
  • Shopping dengan jimat cermat: Rata-rata pembeli dekat luar sana memang akan ambil maklum kalau ada sale ke promo code ke, voucher discount ke kan. Ye, inilah tips shopping secara jimat di online ye. Kalau korang nak tahu, aku tak sabar nak tunggu sale Shopee 7.7 yang akan dilancarkan pada 7.7.2019. Time sale la nak membeli pun kan. Pastu macam aku cakap atas tadi, Shopee ini lain dari yang lain servis dia. Puas hati sangat. Kalau korang nak tahu dan nak dapat harga murah lagi. Korang boleh pergi ke ShopCoupons dia. Banyak gila wei shopee promo code yang boleh diredeem. Pilih je korang nak promo code yang mana satu. Sangat mengundang ye bila tengok voucher discount macam tu.




Jadi inilah tips shopping secara jimat di online. Benda ni kalau tak tahu memang rugi tau. Kita berada dalam dunia canggih ni, adalah lebih baik kalau kita ambil tahu berita baik macam ni. Serius, boleh shopping dengan jimat kalau guna promo code di ShopCoupons tu. Jadi untuk ulangan semula. Bagi mereka yang suka shopping di Shopee. Korang kena tahan nafsu tengok sale pada 7.7.2019 iaitu Shopee 7.7. Haaaaa, dah la ada sale, lepas tu ShopCoupons nak bagi promo code wei. Macam-macam barang korang boleh jimat dan salah satunya adalah Watsons, Photobook, Nano White, Cornell dan banyak lagilah. So, korang dah get ready untuk shopping? Aku dah :D



SALE SHOPEE PADA 7.7.2019
JANGAN LUPA REDEEM VOUCHER DISCOUNT DI SHOPCOUPONS DAN PILIH SHOPEE.
BANYAKNYA SALE. TAK SABAR TUNGGU SAAT ITU WAK.


You May Also Like

2 comments

  1. Terima kasih sis atas perkongsian.. saya daripada kecik lagi suka boros.. tak tau lah kenapa

    ReplyDelete
  2. Woah nice entry, kak! Saya bukan penggemar shopping online tapi ada masa kalau ada promo gila-gila tu memang kena join jugak. Haha.

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..