PART 4: SELAMI DUNIA AVENGERS DI THE VOID GENTING HIGHLAND

by - November 18, 2019

Part 4: Selami Dunia Avengers Di The Void Genting Highland | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Yihaaaa. Benda paling aku teruja masa di Genting Highland adalah selami ke dunia Avengers! Sumpah! Pada mulanya aku taknak main VR ni. Sebab sebelum-sebelum ni aku pernah main VR tapi macam hmmm, macam tu je ke. Tak teruja langsung! Tapi aku kentalkan juga hati ni untuk main VR ni. Actually, nak start main dia, agak lama juga. Tapi takde la lama mana pun wei sebabnya masa aku main ni tak ramai manusia lagi masa ni,jadi memang takde menunggu lama sangat.





First step kita orang dibahagikan kepada 4 orang 1 kumpulan paling maksimum dan kami dibawa ke suatu sudut untuk membuat pengesahan diri menggunakan tablet dan diberikan 'tiket' untuk dipakaikan dilengan tanda kami dah buat langkah satu tadi. Selepas itu, kami dibawa masuk ke bilik gelap untuk penerangan bagaimana permainan ini berfungsi. Fuh! Kali ini hanya menggunakan tangan sahaja untuk attack dan protect diri sendiri. Memang hebatlah sistem dorang ni! 


Setelah beberapa minit di bilik gelap tadi, kami keluar dan dikehendaki memakai jaket dan helmet yang disediakan bagi permulaan permainan ini. Ingat ringan jela set pakaian dia, rupanya berat juga. Dan nasib baik jugak masa tu aku pakai contact lens. Sebab set pakaian tu perlu menutup mata bagi melihat dunia sebenar Avengers tu. Memang terbaik!




Jadi, permainan yang aku main ini adalah Permainan Virtual Reality Avengers: Damage Control dimana lokasi tempat permainan ini terletak di The VOID, Genting Highland berhadapan dengan Skytropolis. Jadi, lokasi Train To Busan dan The VOID ni tak la susah mana nak cari,hehe.. Okay, back to the topic, aku rasa korang semua ni mesti layan filem The Avengers kan?Kalau layan mesti korang tahu, perjalanan permainan ini macamana? Seronok betul wei, ibarat duduk dalam dunia sebenar dorang dah aku rasa.


Kalau korang nak tahu, Permainan Virtual Reality Avengers: Damage Control diperkenalkan oleh Marvel Studios dan ILMxLAB, Lucasfilm's Immersive Entertainment Studio. Hebatnya, Marvel Studios berjaya membawa Marvel Cinematic Universe (MCU) kepada penonton di seluruh dunia. Avengers: Damage Control akan bawa peminatnya (pengunjung) ke MCU buat pertama kalinya. Jadi, kalau nak rasa masuk ke MCU tu macamana, please la try Permainan Virtual Reality Avengers: Damage Control ni. 




For those yang tahu apa yang kami jumpa semasa dalam MCU tu, yahh! Kami jumpa dengan Shuri (Letitia Wright) untuk menguji reka bentuk prototaip terkininya seperi Respons Kecemasan Sut yang dicipta dengan gabungan proprietari teknologi wakanda dan Stark Industries. Bila dalam proses menguji reka bentuk tu, kami terjumpa dengan pasukan jahat dan keadaan menjadi huru hara sehingga kami terpaksa berpecah demi menyelamatkan misi kami. Dalam ketika itu, kami bertarung dengan musuh bersama Avengers seperti Doctor Strange (Benedict Cumberbatch), Ant-Man (Paul Rudd), Wasp (Evangeline Lilly dan banyak lagilah. Paling seronok setiap pergerakan, sentuhan dan tembakan kami dapat rasai sendiri melalui sut yang kami pakai tadi. Teruja wei! Serius!


Fuh! 5 bintang aku bagi untuk Permainan Virtual Reality Avengers: Damage Control ni. Korang tolonglah cuba game ni nanti kalau ke Genting Highland! Confirm korang takkan menyesal!


Maklumat lanjut: rujuk sini

You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..