TIPS DIET BERSAMA LUSLIMLABEB MOMMIES

by - January 08, 2020

Tips Diet Bersama LUSLIMLABEB Mommies | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Finally setelah sebulan lebih kot rasanya onie punya mood untuk blogging sangatlah ting tong dan tak tahu lah kenapa. Sebelum tu, selamat datang 2020. Gitoh. Jadi azam onie tahun ni, ni first time ye aku nak berazam kurangkan berat badan,haha.. Kalau ikut tahun sebelum ni memang berat badan aku sangatlah normal. Sekarang BMI aku sikit lagi nak cecah overweight. Sesuatu yang tidak menarik didengar bukan?HAHA.



Jadi, setelah sebulan lebih juga aku tolak banyak event gara-gara busy dengan kerja dan give up lepas instagram aku kena hack tu. Maka, now..i'm back! Nasib baiklah tak kekok nak menaip. Cuma yang aku agak ralat sebenarnya aku lambat kongsikan benda menarik ni dengan korang semua. Bencilah! Lambatttttttttt! Mohon maaf korang! Tapi sesiapa yang follow instagram @mekonie_ , yes! korang mesti ada perasankan aku ada kongsikan berkenaan LUSLIMLABEB ni. Honestly aku cakap, ini adalah kali pertama aku dengar jenama LUSLIMLABEB dan before this aku tak pernah dengar pun.






Anyway, sebelum aku kongsikan lagi panjangkan. Thank you Madam Ell for inviting me. Actually onie gantikan dengan blogger kak min. Sebab kak min ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Makanya, terima kasih juga kak min sebab MASIH ingat onie yang sendu ni,hahahaha.. Actually, event ini berkenaan Pelancaran MOMMIES Dan Sambutan Ulangtahun Madam Ell yang merupakan pemilik jenama LUSLIMLABEB ni. Allah! First time jumpa orangnya, sangatlah peramah dan tak kekok pun untuk tegur blogger.



Tahniah Madam Ell atas pelancaran MOMMIES tempoh hari dan HAPPY BELATED BIRTHDAY Madam Ell! Orangnya baru berusian 27 tahun dan mempunyai perniagaan sendiri. Apa hebat sangat Madam Ell kita ni? Lepastu keluarkan MOMMIES lak! Jujur aku kata, aku ingat MOMMIES ni apa benda la kan. Rupanya teh herba untuk ibu yang menyusukan anak dimana para ibu yang meyusukan anak ini berkeinginan untuk menurunkan berat badan. Patutlah nama dia MOMMIES! Comel sangat!





LUSLIMLABEB FOR MOMMIES

Okay, kalau korang nak tahu. LUSLIMLABEB ini juga ada keluarkan Morning Boost dan Evening Doze iaitu teh herba yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Tetapi kali ini, LUSLIMLABEB melancarkan satu lagi produk iaitu MOMMIES dimana dalam produk MOMMIES mempunyai bahan-bahan seperti 7 jenis herba asli yang mempunyai fungsi untuk menurunkan berat badan tetapi masih selamat untuk digunakan ibu yang menyusu. Setiap herba yang digunakan adalah mesra BF MOM. Haaaaaaa. Macam Morning Boost dan Evening Doze tidak sesuai untuk ibu menyusu kerana mempunyai kandungan dan terdapat jenis herba yang tidak sesuai untuk ibu menyusu. Jadi, terciptalah MOMMIES ni uols! Packaging pun apa la comel sangat! Suka betul kita. HEHE..





SEDIKIT KISAH LUSLIMLABEB 

Okay, cerita punya cerita ni, korang mesti nak tahu jugakan macamana LUSLIMLABEB ini bermula? LUSLIMLABEB ini adalah satu amalan meminum teh herba cina oleh co-founder Madam Ell yang pada asalnya mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak selepas kahwin dan menjadikan dirinya sangat obses sehingga hilang keyakinan diri dan mula dipandang rendah oleh orang disekeliling beliau. Proses penurunan berat badan menjadi susat bagi dirinya dimana Madam Ell telah melakukan pelbagai jenis diet dan bersenam secara konsisten tetapi penurunan berat badan maksimum pada masa itu hanyalah 2kg - 3 kg macam tu. Oleh sebab itulah, Madam Ell mula terpengaruh dan terjebak dengan produk kurus tempatan sehingga mengalami komplikasi dari pil kurus yang dimakan. Lepas pada tu, Madam Ell jatuh pengsan disebabkan kesan sampingan ubat kurus yang membuatkan jantungnya berdegup lebih lanjut tanpa sebab. 




Haaaa bahaya tau kalau pengambilan pil kurus tanpa arahan dari doktor ke apa. Even doktor sendiri pun tidak mengamalkan pil kurus dalam pengurusan berat badan mereka. (Ini apa yang berlaku disekeliling aku la, sebab aku jaga program pengurusan berat badan di office. Sebab aku duduk di Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit )


Jadi selepas apa yang berlaku dengan Madam Ell ni, suami Madam Ell juga co-founder Olathee mencari alternatif semulajadi iaitu herba asli yang menjadi amalan kepada masyarakat cina. Herba asli ini kalau korang nak tahu, kebiasaannya dijual di kedai herba cina dimana herba asli ini adalah herba yang sebenar dan tidak diproses menjadi pil, jus atau serbuk. Haaa, ini apa yang Madam Ell share lah. Pastu last sekali terjadilah LUSLIMLABEB versi awal yang tidak ada dalam bentuk uncang dan perlu direbus menggunakan infuser. Herba ni untuk pengetahuan korang ada herba yang perlu diminum pagi dan diminum waktu malam tau. 




Maka lepas pada tu, terhasillah Morning Boost dan Evening Doze Off pada skala yang besar. Dah siap dalam bentuk uncang pun sekarang ni. Nak sediakan pun jadi mudah sebab tak perlu guna infuser bagaikan. Menariknya lagi, herba asli ini dijual dalam bentuk pakej mengikut target penurunan berat badan dan bajet setiap orang tau. Jadi, harga dia mampu milik. Haaaaa! Kan? Lepas lancarkan dua produk tadi tu, permintaan ramai dari ibu menyusu. Maka, keluarlah MOMMIES tu. Tahniah buat Madam Ell!




Apapun, penggunaan herba asli ini bagus untuk penurunan berat badan. Tapi jangan lupa bersekalikan dengan senaman, pemakanan sihat dan gaya hidup yang sihat. InshaAllah kalau jaga betul dalam masa 6 bulan korang akan dapat hasilnya. Percayalah :)


Lagi satu, aku suka tema event ni!!!!! Love sangat wei..


You May Also Like

1 comments

  1. memang bahaya kalau pengambilan pil kurus tanpa nasihat dari doktor

    ReplyDelete

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..