DINNER DI VILLA DANIELI : A TASTE OF ITALY

by - January 28, 2020



Dinner Di Villa Danieli : A Taste Of Italy | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuuuu! Rasa dah lama yang amat aku tak makan dekat hotel. Jadi, beberapa hari yang lalu, dengan tak sangka hujan lebat plus banjir kilat, aku gigih harung air semata-mata nak dinner di Villa Danieli. Masuk ni kali kedua dah aku makan di sini. Last time pun makanan Itali juga. Kali kedua ni pun still dengan pilihan menu masakan Itali! Honestly aku ni bukanlah pandai mana nak makan masakan Itali ni, dengan tekak melayu ni pulakkan. Confirm siapa yang tak biasa dengan masakan Itali ni kan dia rasa sesuatu sangat! Tapi bagi aku pulak, mula-mula cuba masakan Itali ni, sumpah aku cakap abenda la aku makan ni kan. Tapi masuk kali kedua, tekak dah hadam juga! So! Untuk dinner kali kedua aku ni, aku nak memperkenalkan juga Chef baru di Villa Danieli iaitu Chef Roberto dimana setiap menu yang dikeluarkan adalah dari nenek moyangnya yang rasanya sangat unik dan orang Malaysia wajib cuba!


Bestnya, aku cuba 4 menu masakan Itali dari air tangan Chef Roberto ni sendiri. Jangan pelik kalau tengok portion yang kecik tu ya. Kecik-kecik macam tu tapi kenyang ya rabbi. Paling suka rasa keju dari Itali dan masakan Itali ini lebih banyak menggunakan bahan seperti Olive Oil. Oh ya! Sebelum tu aku dinner di Villa Danieli, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Heiiii, first time aku jejak kaki ke sini dan terasa gahnya Hotel ini. Dengan rekaan dalamannya membuatkan aku rasa nak mengambil gambar disetiap sudut. Sekiranya anda pergi ke Itali iaitu negara Eropah dah tentu anda akan mencari makanan Itali. Tapi sekarang, tak perlu dah nak ke Itali semua tu. Di Kuala Lumpur pun korang boleh dapatkan menu masakan Itali ini. 





Tapi di sini, aku bukanlah nak sentuh bab rekaan hotel ini. Apa yang aku nak berkongsi ini adalah makanan Itali yang menjadi kesukaan orang ramai. First time aku mencuba makanan itali dan lokasi restoran yang aku pergi haritu itu adalah dalam Hotel Sheraton Imperial KL iaitu Restoran Villa Danieli. Terkesima sekali lagi bila jejak kaki di restoran ini. Ibaratnya seperti duduk di Negara Itali sendiri dengan sentuhan lukisan dari pelukis Itali sendiri, rekaan dalaman dan seni bina restoran ini yang berkonsepkan Itali. Sungguh terpaku. Make sure korang kalau jejak kaki ke sini jangan lupa bergambar juga tau. Sebelum aku bercerita bab makanan, pelanggan yang menjamu selera di sini turut dihiburkan dengan live band dimana gandingan yang sangat mantap! Orang putih sendiri pun terkesima inikan kita ni kan? 



Antara 4 menu masakan Itali di Villa Danieli yang aku cuba adalah:
  • Antipasti | Tartare Di Tonno : Fillet of Red Tuna, Black Olive, Green Olive, Shallots, Tomato Concassé, Extra Virgin Olive Oil, Balsamic Vinaigrette - Jadi kalau tengok di sini, bahan yang digunakan sangat sihat dan Balsamic Vinaigrette ini kalau korang nak tahu ianya adalah cuka yang pekat dan asli dari Itali dan keseluruhannya dari grape must. Mesti korang tak pernah rasakan rasa dia tu macamana.
Tartare Di Tonno
  • Pasta | Ravioli Carbonara Di Mare : Seafood Ravioli, Original Carbonara Sauce - So, kalau korang nak rasa pasta carbonara yang asli, datanglah sini. Carbonara Sauce from Italy mostly tak menggunakan bawang, susu, krim, garlic dan bahan yang lain. Jadi kalau nak rasa Carbonara Sauce originally from Italy, yes korang kena datang dan try sendiri. Padu wei carbonara dia. Guna pulak pecorino cheese. Terus kenyang!haha
Seafood Ravioli, Original Carbonara Sauce
  • Pesce | Merluzzo Alla Griglia Con Salsa Alla Puttanesca :Grilled Cod Fish in Puttanesca Style, Calamarata Olives, Green Olives, Capers, Cherry Tomatoes, Oregano, Fish Stock, Steamed Vegetable -  For those yang makan Merluzzo Alla Griglia Con Salsa Alla Puttanesca ini akan expect tak kenyang walhal kenyang. So, cubalah korang. Ikan dia tu rasa fresh tambah pulak guna Calamarata Olives dan Green Olives. Memang makanan sihat!
Merluzzo Alla Griglia Con Salsa Alla Puttanesca

  • Dolce | Panna Cotta Al Profumo Di Sardegna : Citrus fruits from Sardinia & Vanilla from Madagascar. - Lepas makan menu sebelum ni, kami disajikan dengan dessert yang superb sedap!
Panna Cotta Al Profumo Di Sardegna
Jadinya, sangat berbaloi makan dekat Villa Danieli. Sesekali ubah angin nak cuba masakan Itali, apa salahnya kan. Try la korang! Menu ni bermula dari 17 Januari 2020. Mesti nak lagi. Restoran Villa Danieli ni dekorasi dalam dia cantik pastu romantik. Jadinya, kalau nak fefeeling dengan yang tersayang bolehlah datang sini,hehe.. *searching for pakwe,tibeh!*



Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi seperti:
Tel: +6012 337 9980
Emel: dining.specialist@sheraton.com


You May Also Like

0 comments

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..