KISMIS CALIFORNIA BANTU KEKAL SIHAT

Kismis California Bantu Kekal Sihat | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay! Finally dapat pun update blog untuk bulan januari di tahun 2020 ni. Doakan onie untuk terus berkongsi info dengan korang tau. Pada 9 Januari 2020 lepas, onie berkesempatan menjejakkan kaki di Berjaya Times Square Hotel di ibu kota untuk merasai sendiri sentuhan manisan berasaskan resepi yang dicipta khas menggunakan Kismis California bertempat di Samplings On The Fourteen Restaurant, Berjaya University College. Dimana Berjaya University College ini terletak dalam bangunan Berjaya Times Square Hotel. 




Majlis lagi meriah dengan kehadiran rakan media yang lain dan menyaksikan sendiri sesi masakan bersama 2 chef terkenal. Untuk makluman korang semua, Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Malaysia, Encik Richard Lieu, setiap pengguna terutama sekali kanak-kanak, Kismis California adalah makanan snek yang sihat dan ianya sudah pasti boleh diambil dan dimakan oleh kanak-kanak. Kenapa? Kerana Kismis California ini mempunyai rasa manisan yang semulajadi tanpa penambah rasa yang tidak menyihatkan dan tidak mengandungi sebarang gula tambahan. Kismis California ini juga merupakan bahan serba guna which is, boleh dijadikan pelbagai resepi dengan menambah rasa Kismis California. Sedia maklum juga, ramai diantara kita sudah memilih ke arah gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sihat. Menurut Encik Richard, beliau sangat teruja kerana dengan kehadiran 2 chef terkenal yang sudi mencipta resepi sendiri dengan menggunakan Kismis California ini. 


Ya. Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera tau kawan-kawan, tetapi kalau korang nak tahu ianya kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu obesiti dan diabetes menjadi penyakit tidak berjangkit yang tertinggi di Malaysia maka dengan adanya Kismis California  berharap dapat mengurangkan risiko penyakit NCD ini. Serius sebelum ini aku sendiri pun tidak terfikir untuk menggunakan kismis kedalam resepi masakan kita. 



Kenapa kena makan Kismis California ?
  • Kismis California ini sedia untuk dimakan, sihat dan lazat.
  • Satu paket Kismis California ni kan boleh masukkan dalam beg kecil/handbag dan boleh dibawa ke mana sahaja. Mudahkan ada packaging kecil?
  • Kalau korang nak tahu, Kismis California ini tidak mudah rosak dan boleh dimakan terus tanpa dibasuh, dicincang atau dikupas. Makan macam tu je. Mudah.




Cik Tan Yen Sing merupakan seorang pakar diet klinikal yang turut hadir untuk kongsi info tentang khasiat dan kelebihahan Kismis California. 

Fakta pemakanan sihat dari Cik Tan Yen Sing:
  • Dengan pengambilan lebih banyak buah-buahan & sayur-sayuran iaitu 5 sajian sehari dikaitankan dengan pengurangan 17% penyakit jantung koronari.
  • Pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit terutama penyakit NCD. Kismis California dengan antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3,037 unit (Oxygen Radical Absorbance Capacity - satu kaedah mengukur antioksidan dalam makanan) lebih kurang 2/3 cawan. Bahan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit.
  • Kismis California mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semulajadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi kolestrol dan lemak.
  • Kismis California ialah snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resepi masakan dan roti serta kek. 

Jadi di sini, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat  (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 11/2 hingga 2 cawan buah-buahan sehari.







Kelebihan Kismis California termasuk:
  • Semula jadi sepenuhnya.
  • Manis secara semulajadi dan tidak mengandungi gula tambahan.
  • Tidak mengandungi lemak dan kolestrol dan rendah natrium (garam/sodium) secara semulajadi.
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf).
  • Sumber serat.
  • Sumber nutrien.
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.







Jadi resepi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor ialah:

Menu Chef Emmanuel Stroobant 


Kismis California, Ketam & Kubis Bunga.


Kismis California dengan rusuk lembu & buah-buahan musim sejuk.


Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang




Menu Chef Erich Anton Roos (Manisan)


  • Simfoni Kismis California yang terdiri daripada:
  1. Simfoni Kismis California yang terdiri daripada:
  • Muffin Kismis California dengan krim.
  • Aiskrim Kayu Manis Kismis California.
  • paf epal.








2 Chef terkenal:

Chef Emmanuel Stroobant

Chef Emmanuel Stroobant tidak perlu diperkenalkan lagi kerana chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia muda 16 tahun dan meniti kejaya dalam dunia kulinari selamat saluran AFC selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemuncalannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restorang pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre.


Chef Erich Anton Roos


Chef Erich Anton Roos seorang warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.



Jangan lupa kurangkan gula dalam minuman, kurangkan pengambilan sodium dan makanan yang tidak sihat bagi mengelakkan penyakit NCD. Hargailah tubuh badan kita semua dan mencegah itu lebih baik dari mengubati.



Hebatkan Kismis California ni, korang kena rasa sendiri dan cipta resepi bersama Kismis California ni. Rasa manis dan mempunyai pelbagai packaging demi memudahkan pelanggan. Untuk maklumat dan resepi Kismis California, sila kunjungi www.calraisins.org atau www.caraisins.com. Foloow facebook: @RACAsean . Thank you penganjur sudi menjemput saya ke sini pada tempoh hari ya.



Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..