PENGALAMAN BERCUTI DI SETIU, TERENGGANU




Pengalaman Ke Setiu, Terengganu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! Minggu lepas onie berkesempatan untuk berjalan ke Setiu, Terengganu. Honestly onie cakap, selama duduk Malaysia (gitoh!) tak pernah sekali pun onie jejak kaki ke Setiu ni haaa. Tapi tak sangka jugak, Setiu ni jauh dia boleh tahan jugak la jauh dia kan. Masa pergi tu memang sepanjang perjalanan aku tidur je. Kebetulan masa pergi tu tak berapa sihat jugak sebenarnya. Demi nak jalan wak, tak sihat pun aku gigih jugak nak pergi. HAHA.


Untuk entri kali ini onie nak minta maaf awal-awal sebab takde fokus dengan kos perjalanan tau, onie nak cerita lokasi yang onie pergi sahaja. Alah! Selagi dalam Malaysia i yakin korang semua mampu je nak pergi kan? Nak taknak je. Tapi tolonglah pergi Setiu weh! Cantik tak terkata daerah itu. Rasa macam taknak balik pun ada. Nak duduk tepi pantai layan perasaan dan mencari ketenangan je. InshaAllah next time kan?






Asal usul nama Negeri Terengganu?

Asal usul nama Terengganu ini adalah "Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terangan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu (Kelantan dan Pahang) dan juga penduduk Terengganu sendiri. "Terangnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu dan melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan "Terang sungguh ganu di sini".


Ada juga beberapa pihak menyatakan bahawa Terengganu ada kaitan dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengganu which is Kuala Sungai Terengganu ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengganu.



Hari Pertama:
  1. Terrapuri Heritage Village
  2. Pantai Kampung Mangkuk
  3. Rumah Botol Tokki
  4. Pantai Penarik Rhu 10
  5. Pantai Telaga Papan Setiu
  6. Kampung Fikri
Hari Kedua:
  1. River Boat at Laguna Setiu
  2. Setiu Boardwalk
  3. Setiu Wetlands
  4. Kampung Pengkalan Gelap
  5. Setiu Wetlands Savannah
Hari Ketiga:
  1. Mr Celup Tepung Station



HARI PERTAMA


TERRAPURI HERITAGE VILLAGE

Penginapan aku 3 hari 2 malam adalah di Terrapuri Heritage Village yang mempunyai keunikan dan penuh peradaban. Masih kekalkan adat dan budaya dengan terjemahan daripada seni bina yang ada pada setiap rumah di sana. Terrapuri Heritage Village ini dimiliki oleh Mr.Alex dimana beliau seorang bangsa Cina Peranakan yang sangat cintakan adat dan budaya. Pemilik ini menzahirkan rasa kecintaan beliau kepada adat dan budaya melalui senibina yang sangat klasik dan unik dengan terbinanya rumah asli Melayu dan mengekalkan warisan lama, seorang yang sangat bekerja keras demi memperkenalkan produk dan menjaga keaslian nenek moyang sedia ada. Lokasi  Terrapuri Heritage Village ini terletak di Kampung Mangkuk Penarik, Setiu. Dengan semangat dan kecintaan yang ada pada diri beliau, terbinalah 29 buah rumah dengan 29 kisah yang tersendiri.


Rumah onie menginap haritu adalah Rumah Nibong dimana satu malam berharga RM600. Sangat puas hati! Pengalaman berada di Terrapuri Heritage Village ini yang tak akan onie lupakan sampai bila. 


Antara rumah yang ada adalah:
  1. Rumah Tembakang - Dipercayai dibina pada akhir kurun ke - 19 dan dimiliki oleh Khatib Abdul Rahman yang merupakan seorang guru agama, ketua kampung dan juga bangsawan.
  2. Rumah Paloh - Rumah ini dimiliki oleh Mek Long yang merupakan seorang pengusaha tenunan kain songket bangsawan Terengganu. No wonder dalam rumah Paloh ini terdapat pencetak songket yang dijadikan sebagai perhiasan.
  3. Rumah Binjai Rendah - Kalau korang nak tahu, rumah ini pemilik asalnya adalah seorang wanita bernama Mariam yang merupakan penjual kain pada akhir kurun ke-19.
  4. Rumah Belukar Titian - Didirikan oleh Mat Zin yang merupakan seorang pengusaha manisan kelapa. Beliau juga membuat anyaman daun mengkuang dengan bantuan anak perempuan beliau.
  5. Rumah Tasek - Dimiliki oleh saudagar perahu besar. Dibina pada penghujung abad ke-19. Dibeli oleh penghulu, Ali Bin Ghani. Untuk pengetahuan korang, rumah ini telah dipindahkan sebanyak 2 kali dari kampung asal Chabang Tiga dan yang terakhir dipindahkan ke Kampung Tasek.
  6. Rumah Dusun - Didirikan oleh saudagar perahu bedar. Dibeli ileh tok guru agama, Ustaz Abdul Rahman  Harun dan isterinya, Che Nik Ibrahim yang mengambil upah menjahit baju.
  7. Rumah Kedai Buluh - Rumah ini pada mulanya dimiliki oleh seorang pendekar yang bernama Abu Bakar dan dibina oleh tukar mahir serta anak buah silat pendekar Abu Bakar sendiri.
  8. Rumah Jeram - Empunya rumah ini adalah Katib Ali Mat yang merupakan seorang guru agam di Jeram dan mempunyai ramai penuntut dan dibina oleh seorang tukang yang tersohor.
  9. Rumah Sg.Mas - Dimiliki oleh pengusaha tanaman ubi yang bernama Ismail Hj Salleh dan dibina oleh tukang sohor iaitu Ayah Ngah Kot.
  10. Rumah Pulang Musang - Rumah ini dibina pada abad ke-19 oleh seorang guru agama dimana penduduk kampung menghantar anak-anak mereka belajar agama dan mengaji Al-Quran di sini dan kalau pada dinding atas bahagian rumah ini tertulisnya kalimah ayat suci Al-Quran.
  11. Rumah Seberang Takir - Dimiliki oleh Ismail atau Pak Wei yang dibeli oleh seorang saudagar. Rumah asal terletak di Kg Binjai Rendah tapi telah dipindahkan ke Kg.Seberang Takir. That's why la rumah ini diberi nama Rumah Seberang Takir. 
  12. Rumah Gelugor Raja - Pemilik asal rumah ini bernama Tok Lijah Yusof; seorang guru mengaji dan guru agama serta seorang yang mahir membuat kuih tradisi Terengganu.
  13. Rumah Pengkalan Kubu - Pemilik rumah asal ini ialah Awang Yusof iaitu Ketua Kampung Kubu dan dibina pada tahun 1908 (1326H)
  14. Rumah Kubang Jela - Rumah ini telah dibeli oleh Hj Omar Bin Ismail daripada Che Mat Che Lek yang merupakan saudagar batik dan songket.
  15. Rumah Nibong - Merupakan sebuah rumah kepada seorang bangsawan Melayu Terengganu yang tela didirikan sekitar tahun 1888 dan kemudiaanya rumah ini diwarisi oleh Haji Abdullah said, seorang Ketua Kampung.

Jadinya, rumah yang onie stay haritu adalah rumah nibong. Dimaklumkan oleh Mr.Alex, setiap rumah yang ada di Terrapuri Heritage Village ini mempunyai kisah tersendiri dan rekabentuk setiap rumah kebanyakannya mempunyai sejarah tersendirinya juga. Tingkap ada yang rendah ada yang tinggi? Jarak bumbung dan lantai rumah ada yang tinggi dan ada yang rendah, kenapa? Hal ini kerana ciri-ciri rumah yang dibina itu mengikut keperibadian seseorang tuan rumah tersebut. Kalau dikupas lagi, memang sangat unik senibina rumah Tradisional Melayu Lama dahulu kala ni. Penuh adat, penuh budaya, penuh sejarahnya dan setiap rumah melayu lama ini mempunyai Tiang Seri. Tiang Seri ini pun mempunyai kisahnya juga. 


Tiang Seri? Tujuan Tiang Seri ini ada dalam setiap rumah melayu lama ini dipercayai untuk mejaga keselamatan bertindak sebagai perisai gangguan jahat dan tonggak kepada sesebuah rumah tersebut. Tapi kalau tengok sendiri dengan mata kepala aku ni, Tiang Seri itu hanyalah SEBATANG TIANG SERI. Apa pula 'dia' punya TUJUAN itus sangat kuatkan? Okay itu sahaja, tapi lillahitaala, sepanjang aku menginap di Terrapuri Heritage Village ini, tiada kisah negatif pun aku rasa kecuali kita lupa siapa diri kita sebenar. Kisah zaman dahulu kala ini sangat menarik kalau kita dalami betul-betulkan? Banyak yang kita lupa asal usul kita dan untuk menjadikan kita BUKAN seorang pelupa dengan warisan lama, datanglah ke Terrapuri Heritage Village ini. Kalau taknak stay pun takpe. Bayar RM22/pax untuk korang explore sendiri apa yang ada di Terrapuri Heritage Village ini. Korang akan kagum dengan apa yang ada di sana. Percayalah cakap aku. 


MAKLUMAT LANJUT TERRAPURI?
Kg.Mangkuk,
22120 Setiu,
Terengganu, Malaysia

Tel: +609-624 5020 / +609-631 2081 / Emergency (Ms.Maslina) : +6012-988 8399
Fax: +609-622 8093
Email: info@terrapuri.com







Ini adalah view view yang terdapat pada Terrapuri Heritage Village, korang sendiri tengoklah betapa mahalnya dan cantik view di sekitar Terrapuri Heritage Village. Rasa macam taknak balik bila ke sana.




Makanan mereka pun semuanya sedap-sedap. Menambah tu memang sah dah aku menambah. Walaupun menu masakan mereka simple sahaja, tetapi rasa dia memang sedap. Tipulah siapa yang pernah stay sini kata makanan tak sedap. 






PANTAI RHU 10, SETIU


Siap check in semua tu, onie pergi ke Pantai Kampung Mangkuk untuk melihat sendiri kehidupan seorang para nelayan membuat kerja. Masa onie sampai di Pantai Kampung Mangkuk tu, mostly nelayan dah naik ke darat pun. Serius persekitaran di sana sangat bersih dan segar. Rindu dengan badai angin di persisir pantai. 





RUMAH BOTOL TOKKI/AYAHKU


Beliau pernah dilabel seorang GILA dan isteri Ayahku ingat bahawa Ayahku ingin membuka perniagaan budu. Dengan hobinya yang mengutip botol terpakai di pantai dan kawasan tumpuan ramai kini beliau dikenali sebagai TOKKI atau AYAHKU. Namun kegilaan Tengku Mohd Ali Bin Tengku Mansor telah menjadi bualan orang ramai serta mempunyai galeri tersendiri dimana di galeri tersebut dijadikan tempat penyimpanan botol yang telah dikutip. Botol yang dikutip olek Tokki bukan sahaja dari Malaysia malah luar negara pun ada antaranya Negara Mexico, Jepun, Korea dan banyak lagi. Siap jumpa botol kaca yang berisi surat lagi dalam tu. Bagi aku, hobi yang ada pada Tokki ini sangat unik dan hanya yang mampu sahaja dapat lakukan. 

Kalau dulu serahan kutipan botol oleh orang kampung tidak berbayar. Kini Tokki beri bayaran kepada siapa yang membuat serahan botol dijumpai di Rumah Botol yang dibina oleh Tokki sendiri. Hobi Tokki bukan sahaja mengutip botol terpakai, beliau juga ada menanam tanaman dengan berpuluh-puluh jenis. Kini Rumah Botol ini lebih ceria setelah dibaik pulih. 

Setiap botol mempunyai keunikan tersendiri dan paling disayangi ialah botol ditemui di persisiran Laut Mati di Mesir ketika melancong di sana pada tahun 2013 selepas berdoa memohon kepada Allah. Lokasi Rumah Botol Tokki ini terletak di Kampung Baru Penarik. 









PANTAI KAMPUNG MANGKUK, SETIU


Well, Inilah Pantai Kampung Mangkuk yang terletak betul-betul dengan penginapan aku. Kiranya dia macam pengunjung jalan pantai jugaklah dan dekat kawasan ni, dia punya view memang aku takkan lupa. Cantik tak terkata, bersih dan tenang! Rindu Pantai Kampung Mangkuk! Tengoklah sendiri gambar bawah ni. Cantikkan?

Lokasi Pengambaran Polis Evo



KAMPUNG FIKRI 

Kampung Fikri merupakan sebuah kampung yang terletak di Permaisuri dan daerah Setiu. Di sini, banyak boat nelayan yang cantik dan warna-warni. Untuk makluman korang, kalau korang perasan setiap boat mempunyai pelbagai warna dan huruf di bahagian tepi kapal yang mempunyai maksud seperti A, B dan C menentukan kedalaman dan kejauhan bot tersebut. Ya. Bagi aku bila ke sesuatu tempat itu, belajarlah budaya mereka. Satu pengalaman yang baru juga buat aku untuk belajar tentang pembuatan kapal ini. 

Yes! Lokasi di sini aku yakin ramai yang tidak tahu lagikan? Korang kalau nak tengok pembuatan boat nelayan. Bolehlah datang ke sini. Seronoknya aku belajar bagaimana proses pembuatan boat ini. Yang aku tengok haritu, kos pembuatan boat sahaja hampir RM500,000 jumlah pembuatan dia. Memang mahal! Almaklumlah, boat merupakan salah satu pengangkutan penting juga di Terengganu terutama pada para nelayan. Pembuatan boat ini kebiasannya menggunakan kayu cengal, jati dan balak yang mana kayu ini adalah sangat tinggi kualitinya dan tahan lama. 






Okay perasan tak huruf A pada bot itu? Huruf itu menentukan jarak kejauhan yang bot boleh pergi. Kiranya, kalau korang nak tahu. Bukan ikut dan je boleh ke laut ni, banyak perkara yang perlu diambil berat semula oleh para nelayan. Selain itu, ada bot yang tidak ada lampu, ada bot yang ada lampu. Spotlight tu tak payah cakaplah. Memang ada tujuan masing-masing setiap para nelayan. Bot ada spotlight/lampu ini adalah bot untuk mencandat sotong dimana lampu itu bertujuan untuk memanggil sotong naik ke permukaan air. Akhir sekali yang sempat onie belajar berkenaan bot nelayan ini adalah warna. Warna setiap bot pun ada maksud. Warna bot itu menentukan mereka dari negeri mana. Begitulah kisahnya, hehe..


RIVER BOAT AT LAGUNA SETIU

Di River Boat At Laguna Setiu ini pula aku dibawah ke Pulau Telaga Tujuh, Pulau Layak untuk melihat sendiri apa yang ada disana.  Di Telaga Tujuh aku melihat sendiri kewujudan habitat seperti buah sarang semut dimana buah sarang semut ini hanya tumbuh pada pokok nyireh. Pernah beberapa kali orang kampung letak di hidupan pokok yang lain, namun buah sarang semut tidak mampu untuk meneruskan habitatnya terus hidup.


Di Laguna Setiu ini, aku merasai sendiri untuk menyusuri sungai melihat ekosistem yang masih dijaga. Di kawasan ini boleh melakukan aktiviti seperti melihat buah sarang semut di pokok nyireh, melihat berus mata buaya, mengutip kepah dan pergi ke sangkar ikan. 








SETIU BOARDWALK : PROGRAM SAYANGI SETIU WETLANDS BERSEMPENA SAMBUTAN HARI TANAH BENCAH SEDUNIA 2020

Pada 2 Februari 2020 (Ahad), Program Sayangi Setiu Wetlands Bersempena Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia telah dilancarkan di Pusat Interprestasi Setiu Wetlands berdekatan dengan Setiu Boardwalk. Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia ini berlaku pada setiap tahun pada 2 Februari. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang nilai tanah bencah kepada manusia dan alam sekitar. Setiap tahun, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan rakyat di semua lapisan masyarakat telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang nilai dan manfaat  tanah bencah.






Objektif Program

Untuk menyedarkan orang ramai tentang ekosistem tanah bencah dari segi sumber bekalan air, kawalan banjir, penghalang ribut dan kawalan kepada hakisan pantai, pelancongan serta pemuliharaan biodiversiti. Menanamkan sikap dan kasih sayang terhadap alam semulajadi dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat. Juga memperkenalkan Tanah Bencah kepada para pelajar dan masyarakat serta kepentingannya kepada alam semulajadi dan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.


Pengisian Aktiviti Sepanjang Program Ini Berlangsung

  • Program Penanaman Anak Pokok Bakau Bersama Sekolah
  • Program Gotong Royong
  • Program Khas Bersama Pengamal Media dan Blogger
  • Jualan Produk Tempatan
  • "School Talks"
  • Pertandingan Mewarna
  • Pelepasan Anak Tuntung



Sepanjang program di Setiu Wetlands ini aku pun berjalan kaki di Setiu BoardWalk untuk mengamati apa yang ada sepanjang 505 meter jarak perjalanan dengan hanya berjalan kaki.

Info Tentang Setiu Wetlands atau Tanah Bencah Setiu

  • Setiu Wetlands ini berkeluasan 23,000 hektar.
  • Sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu iaitu gabungan lembangan tanah lembap kempleks di Setiu-Chalok-Baru-Merang.
  • Satu-satunya Tanah Bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.
  • Di dalam ekosistem ini ada 161 spesis burung, 49 spesis rama-rama, 36 reptilia, 33 spesis pokok bakau dan 29 spesis mamalia.
  • Kawasan persekitarannya juga adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.
  • Tanah Bencah Setiu ini unik, malah ianya adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna yang digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.
  • Ianya menjadi destinasi eko-pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu, mencari ketam nipah, kepah atau lokan, memancing dan sebagainya yang juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk sekitar itu.





Bagi mereka yang nak pergi ke Setiu Boardwalk, Setiu Lagoon Cruise, Cottage Industry dan Perkampungan Nelayan ini kosnya adalah RM219/person (Min 4 orang). Durasi masa untuk kesemua tempat ini lebih kurang 3 jam termasuk pengangkutan, air mineral dan bot. Manakala untuk bajet pergi ke Jeti Gong Batu pula adalah RM80/orang/bot tanpa life jacket.

Nak pergi? Korang boleh hubungi Sahabat Setiu di talian 019-904 5539




SETIU WETLANDS SAVANNAH DI PENGKALAN GELAP

Di sini ibarat di Afrika. Dengan suasana lalang yang berwarna coklat kekuningan dan persekitaran yang cantik, lokasi ini telah menjadi bualan orang ramai dan ramai pengunjung singgah di sini untuk bergambar kenang-kenangan malah sesi penggambaran juga turut ada di sini. Setelah ke Savannah Setiu ini, jangan lupa untuk singgah di Kg Pengkalan Gelap untuk membeli kepah dan barangan kraftangan dimana hasilnya 100% dari penduduk tempatan di situ. 








MR.CELUP TEPUNG STATION

Hadoi, datang Terengganu ni kalau tak singgah makan ikan celup tepung, keropok lekor, sata, dan macam-macam lagi memang tak sah ye. Korang kalau nak singgah makan, korang singgahlah ke Mr.Celup Tepung Station ni. Makan sambil layan view dia pun memang onzzzzzz la! 











PAKEJ PERCUTIAN

Untuk pakej-pakej di Setiu ini korang boleh rujuk di Terengganu Tourism Experience Package ini ya. Actually di Setiu ini banyak aktiviti yang boleh kita jalankan. Selamat bercuti korang! Serius dah rindu dengan Setiu! Dia punya view tu paling mahal bagi aku. Lepas ni nak pergi Setiu lagi. Rindu! Rindu nak lepak tepi pantai, dengar ombak pantai, pokok kelapa. Semoga Negeri Terengganu sentiasa disayangi oleh pelancong yang mengunjungi Negeri Terengganu. I LOVE YOU SETIU,TERENGGANU!



Terima kasih korang sudi bacan entri panjang jela ni. Kalau korang ke Setiu jangan lupa share link dekat sini tau. Nak jugak baca pengalaman korang kat sana! hehe... 

5 ulasan:

  1. Bestnya jalan2 Ganu. Terengganu la satu2nya negeri yang gi berpuluh kali pun tak jemu2

    BalasPadam
  2. Canti tempatnya... teringin nak pergi.

    https://evercarephysio.blogspot.com/2020/02/physiotherapy-puchong.html

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Sis Mek Onie, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam
  4. sy asal setiu pon x prnh gi jln2 semua tmpt sini.hehehe

    BalasPadam

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..