PENGALAMAN MENGINAP DI FIRST WORLD HOTEL, RESORT WORLD GENTING, GENTING HIGHLANDS



Pengalaman Menginap Di First World Hotel, Resort World Genting, Genting Highlands | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yihuuuuu! Onie punya mood menaip blog datang lagi. Rasa bila nak start menaip tu, ya rabbi liat dia tu lain macam ye. Tapi bila start menaip taknak berhenti pula. Okey onie nak kongsi dengan korang semua pengalaman onie menginap di First World Hotel, Resort World Genting, Genting Highlang. Sesungguhnya bila dapat ke Genting Highland ni dia punya seronok tu memang luar biasa ya. Bila duduk di puncak Genting Highlands ni dia punya sejuk tu memang membuatkan kita taknak turun dah. Sebab siapa yang pergi Genting Highlands ni akan happy sebab suasana dia yang sangat sejuk dan tenang.


Korang pernah tak pergi Genting Highlands? Kalau pernah, korang naik apa ke Puncak Genting Highlands? Macam onie, onie dah try semuanya. Naik kereta, bas dan kereta kabel. So setiap kenderaan yang onie naik ni pelbagai pengalaman yang onie dah pun rasa. Semuanya berbeza tau. 


PENGALAMAN KE GENTING HIGHLANDS DENGAN 3 KENDERAAN:

1. Kereta

Dengan kereta onie naik ke Puncak Genting Highlands. Tapi masa onie naik dengan kawan la. Pengalaman naik ke puncak dengan kereta ni memang mencabar ye. Sebab selekoh dia korang pun tahu macamana selekoh nak naik ke Puncak tu. Siapa yang tak biasa memang akan semput kereta tu. Makesure, sebelum nak naik ke Puncak mesti kena check kondisi kereta supaya tiada perkara buruk berlaku terutama part enjin panas tu. Check first okay bila naik kereta sendiri. Kena tahu kereta korang ni mampu ke tidak untuk naik ke Puncak Genting Highlands tu. Perjalanan dari rumah onie ke Genting Highlands ni mengambil masa selama 1 jam 25 minit. Macam onie, onie dah biasa driving ke Puncak Genting jadi memang dah biasa dengan selekoh menuju ke Genting Highlands tu. Nak ke Genting Highlands ni pun kena lalu Highway Karak. Highway Karak pun siapa yang tak biasa onie nak sarankan untuk berhati-hati bawa kereta. 


Then kereta tu terpulang dekat korang nak parking dekat mana, ikut waktu yang korang pergi. Then kalau boleh study dulu tempat letak kereta mana korang nak parking yang dekat dengan tempat korang menginap. Kalau dapat parking dekat tempat korang menginap memang rezeki sangat.



2. Bas Genting Highland

For those yang tak tahu lagi macamana nak naik bas ke Genting Highland. Meh onie nak cerita sini. Pertama korang boleh naik bas di KL Sentral. Kedua, korang boleh pergi ke One Utama bahagian tempat letak kereta terbuka. Korang boleh je google atau waze. Kat KL Sentral korang boleh park kereta korang di NU Sentral. Cuma bila parking kat NU Sentral ni make sure siap sedia kad Touch N Go korang tu. Sebab parking dekat NU Sentral ni pakai kad Touch N Go tau korang. Then dekat One Utama tu pun ada parking yang dekat dengan bas station. So that, korang boleh parking kat situ je. Selamat  je korang parking kat situ. Sebab onie memang pernah parking kat tempat letak kereta terbuka tu. Tapi kalau boleh parking la yang belah-belah depan, jangan parking yang sebelah belakang tu. Boleh je beli tiket secara atas talian atau walk-in. Jadi pilihan ditangan anda. Kalau rasa takut tiket bas habis. Korang kena la booking secara atas talian supaya secure korang punya tiket bas tu. 



Nak diceritakan kisah aku naik bas ni kan, jujur onie cakap. Onie pernah muntah naik bas. Sebab bas ni dah la tinggi pastu bila driver bawak laju automatik kepala pening perut memulas.

Lepas keadaan tak mengizinkan onie muntah ya dalam bas tu. So, bagi korang yang nak cuba naik bas ni..apakata korang kena well prepared contohnya beg plastik, minyak angin atau gula-gula yang membuatkan korang hilang rasa mabuk. Okey ni pengalaman onie la masa naik bas. Memang huru hara ya dalam bas time tu. Malu gila wei! Benci tau. Sebab kisah ni terjadi adalah kerana aku breakfast banyak sangat sebelum nak turun dari Genting Highlands. Benci tau ingat balik. Tapi bila fikir makanan dekat First World Hotel, Genting Highlands yang aku menginap time tu memang sedap dan aku lupa part nak kawal makan tu. At the end, memang mendapat la aku kan. HAHA.


Kelakar betul kisah naik Bas Genting ni, sorry ye driver. Yang penting i dah lap muntah-muntah i tu,hahahaha.



3. Kereta Kabel

Okay, naik kereta kabel ni memang idaman semua orang bila nak ke Genting Highlands kan? Onie punya pengalaman naik Kereta Kabel ni pernah crowded dengan ramai manusia sebab masa tu public holiday, memang mendapat la wei naik kereta kabel masa public holiday. Kami sekeluarga beratur 3 jam ya untuk tunggu turn naik kereta kabel. Tapi kami pergi ni memang last minute planning la uolsss. Tapi kita orang happy sebab dapat naik kereta kabel. Dapat tengok view dari kereta kabel ni pun memang idaman orang ramai jugak. 


Onie pun pernah naik kereta kabel time tak ramai orang, time ni memang seronok gila. Sebab laju dan smooth je. Tapi kalau korang nak cepat. Korang boleh pilih tiket yang fast lane tu. Cuma mahal sikit la tiket fast lane tu. Best naik kereta kabel. Rindu genting aih tetiba.


So bila dah naik Genting Highlands ni,dah tentu la nak menginapkan? Haaa onie cadangkan dekat korang untuk buat tempahan terlebih dahulu supaya tiada isu kekecewaan berlaku, hihi.. Onie cadangkan untuk korang buat tempahan hotel dulu sebelum ke Genting Highlands. Tapi bila teringat balik, onie pernah tau stay di First World Hotel. Memang onie teruja gila la dengan First World Hotel ni sebab banyak gila tower dia. Bilik dia ada 7,351 ya. Memang fuhhhh banyak gila. Jadi kalau korang taknak lepaskan peluang ini, korang nak staycation korang menjadi. Pergilah ke Traveloka okay. Sebab kat Traveloka ni banyak benefit dia bila korang buat tempahan di sana.




Seronok tau stay di First World Hotel ni. Masa onie stay kat First World Hotel ni, onie dapat stay di Tower yang baru siap iaitu di Tower 3. Sebelum ni aku stay di Tower 1 dan Tower 3. Cuma Tower 3 ni memang kena menapak sikit dari lobi tapi aku memang suka gila ke Tower 3 sebab ada kawasan pantau di area sini. Memang cantik view dekat Tower 3 ni. Cuma yang masuk ingat balik. View bilik aku masa ni menghadap bilik orang, jadi tak nampak sangat la view luar tu. Nampak sikit jah. Lepas tu, duduk First World Hotel ni memang tak payah pakai kipas dan aircond pun dah sejuk ya. Memang best gila stay di First World Hotel ni. Korang pernah stay di First World Hotel? Share la dekat komen bawah ni.

Tiada ulasan:

Terima kasih korang sudi komen. Nanti komen la lagi,hehe..